Islam merupakan agama yang mencakupi semua perkara dalam kehidupan manusia. Malah dalam soal penulis dan penulisan, turut mendapat perhatian dalam Islam. Islam amat memberi perhatian yang serius dalam dua perkara ini. Ini dapat kita lihat melalui firman Allah;
الذى علم بالقلم
"Yang mengajar manusia melalui pena."
(surah al-'Alaq:4)
Umum telah mengetahui bahawa Islam menitik beratkan soal membaca dalam kalangan umatnya. Membaca merupakan kunci kepada ilmu pengetahuan. Namun, adanya aktiviti membaca kerana adanya sesuatu kalimat atau perkataan yang ditulis. Secara serentak, aktiviti penulisan juga penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Kerana itulah, Allah memberi peringatan kepada golongan penulis dengan firmanNya;
ن والقلم و ما يسطرون
"Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis,"
(surah al-Qalam: 1)
Tidak kira siapa diri anda, sama ada golongan ilmuan, sasterawan, budayawan, sejarawan, 'bloggerwan' (saya cipta sendiri entri ini), atau siapa-siapa saja, jika anda terlibat dalam aktiviti penulisan atau menulis sesuatu, maka akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah ditulis.
Oleh itu, sepanjang kita berblogging, maka perlulah berhati-hati agar tidak tersasar dari landasan Islam. Adab dan tertib perlulah dijaga. Apa yang penting, biarlah aktiviti penulisan kita menjadi ibadah. Mengapa tidak kita rebut peluang ini?
ketak ketik ketuk : penulis merupakan perakam waktu.
Oleh itu, sepanjang kita berblogging, maka perlulah berhati-hati agar tidak tersasar dari landasan Islam. Adab dan tertib perlulah dijaga. Apa yang penting, biarlah aktiviti penulisan kita menjadi ibadah. Mengapa tidak kita rebut peluang ini?
ketak ketik ketuk : penulis merupakan perakam waktu.
salam,
BalasPadamhmm..sekian lama sy mencari siapa la mesintaip ni..mana blognya..hari ni..sy dah jumpa.. :)
blogggerwan...nice...(^_^)
nabilah_2908 : Terima kasih kerana menziarahi. Saya amat memerlukan sokongan, teguran, dan cadangan daripada para 'bloggerwan' dalam usaha saya memperbaiki mutu persembahan blog ini(sama ada dari segi fizikal dan isi kandungannya) pada masa akan datang. Terima kasih.
BalasPadamketak ketik ketuk: berkongsi pengetahuan.
tiada kena mengena dengan ini entri..
BalasPadamsweet nak ucap terima kasih sebab bagi sokongan kat sweet..
alhamdulillah..
ayah makin sihat..
terima kasih banyak2..
^___^
tis article openup my mind how imprtant wrintng is..will put atleast 1 useful infrmtion dat can be shard in each entry..thanx yaa..:)
BalasPadamSwEetForEst dan ika - terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
BalasPadam1. SwEetForEst : Saya juga mengharapkan agar ayah awak cepat sembuh.
2. ika : Sama-sama. Saya teringat dengan satu baris dalam rangkap sajak Allahyarham Usman Awang; "Tajam keris raja, tajam lagi pena pujangga". Pergunakan pena (sekarang ini dah pakai papan kekunci) dengan sebaik-baiknya.
ketak ketik ketuk : satu huruf jika disusun dengan baik akan menjadi satu ilmu.