DOA. Ya, kita memang digalakkan untuk berdoa kepada Allah. Malah, jaminan Allah dalam firmannya;
وقال ربكم ادعونى استجب لكم
"Dan Tuhan kamu berfirman;"Berdoalah kamu kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu..."

(al-Mukmin :60)
Saya teringat kepada kata-kata seorang penceramah semasa saya menghadiri satu siri ceramah yang berkaitan dengan alam rumah tangga. Kata beliau, "Dunia ini bukanlah syurga yang kita harapkan akan sentiasa hidup indah-indah. Ada kalanya kesengsaraan akan kita hadapi. Namun, dunia juga bukanlah neraka yang sentiasa dipenuhi kesengsaraan. Adakalanya keindahan itu akan kita temui juga. Ini bermakna, dunia ini merupakan suatu tempat yang penuh dengan harapan, iaitu harapan(doa) kita kepada Allah agar diberi suatu kehidupan yang baik dan bahagia."
Kerana adanya harapan-harapan inilah maka kita digalakkan berdoa dan terus berdoa tanpa kenal putus asa dan keletihan.
Buku 'Di Dunia Ada Syurga' ini pasti mampu memberikan jawapan kepada harapan-harapan tersebut. Buku ini amat menarik dibaca. Pertama kali saya menatap judulnya terus saya membelinya, dan ternyata isi kandungannya tidak menghampakan. Buku setebal 147 muka surat ini merupakan himpunan kisah-kisah benar tentang keajaiban doa yang dikutip dan digarapkan semula oleh Asma Nadia. Membaca setiap tajuk di dalamnya benar-benar memberi kesan kepada jiwa yang membacanya. Pengalaman-pengalaman beberapa individu yang telah menemui jalan buntu dalam menghadapi masalah yang membelit kehidupannya, namun masih yakin bahawa harapan itu masih ada dengan mengadukan permasalahan itu kepada Tuhan, iaitu Allah Yang Esa.
Ternyata memang benar. Bait-bait doa yang dilafazkan dengan penuh ikhlas dan mengharap akhirnya diperkenankan sama ada segera mahupun lambat. Malah, unsur-unsur keajaiban doa itu jelas terserlah. Selepas membaca buku ini, memberi semangat kepada kita untuk sentiasa berdoa, malah akan menjadikan kita rasa seronok untuk berdoa kerana tatkala berdoa, sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah secara langsung!
Saya percaya, mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah memiliki buku ini. Tetapi bagi yang belum, saya syorkan agar buku ini dimasukkan di dalam rak buku perpustakaan di rumah anda sebagai bahan bacaan keluarga.
Judul : Di Dunia Ada Syurga
Pengarang : Asma Nadia
Penerbit : PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tebal : 149 muka surat
Tahun : 2009
Harga : Semenanjung (RM11.90), Sabah/Sarawak(RM13.90)
Ketak ketik ketuk : Terasa lapang selepas berdoa...
Tidak susah untuk kita berdoa. Lafazkan sahaja apa yang hendak kita hajati kepada Allah, tanpa sebarang keraguan bahawa Allah pasti memperkenankan doa kita. Kerana itulah harapan kita tatkala berdoa. Harapan yang sungguh-sungguh. Harapan daripada hamba yang lemah yang mengadu kelemahannya kepada Yang Maha Pencipta. Dengan keyakinan bahawa Allah akan mendengar rintihan dan rayuannya, menjadikan seseorang itu tidak mudah putus asa dalam kehidupannya.
Saya teringat kepada kata-kata seorang penceramah semasa saya menghadiri satu siri ceramah yang berkaitan dengan alam rumah tangga. Kata beliau, "Dunia ini bukanlah syurga yang kita harapkan akan sentiasa hidup indah-indah. Ada kalanya kesengsaraan akan kita hadapi. Namun, dunia juga bukanlah neraka yang sentiasa dipenuhi kesengsaraan. Adakalanya keindahan itu akan kita temui juga. Ini bermakna, dunia ini merupakan suatu tempat yang penuh dengan harapan, iaitu harapan(doa) kita kepada Allah agar diberi suatu kehidupan yang baik dan bahagia."
Kerana adanya harapan-harapan inilah maka kita digalakkan berdoa dan terus berdoa tanpa kenal putus asa dan keletihan.
Buku 'Di Dunia Ada Syurga' ini pasti mampu memberikan jawapan kepada harapan-harapan tersebut. Buku ini amat menarik dibaca. Pertama kali saya menatap judulnya terus saya membelinya, dan ternyata isi kandungannya tidak menghampakan. Buku setebal 147 muka surat ini merupakan himpunan kisah-kisah benar tentang keajaiban doa yang dikutip dan digarapkan semula oleh Asma Nadia. Membaca setiap tajuk di dalamnya benar-benar memberi kesan kepada jiwa yang membacanya. Pengalaman-pengalaman beberapa individu yang telah menemui jalan buntu dalam menghadapi masalah yang membelit kehidupannya, namun masih yakin bahawa harapan itu masih ada dengan mengadukan permasalahan itu kepada Tuhan, iaitu Allah Yang Esa.
Ternyata memang benar. Bait-bait doa yang dilafazkan dengan penuh ikhlas dan mengharap akhirnya diperkenankan sama ada segera mahupun lambat. Malah, unsur-unsur keajaiban doa itu jelas terserlah. Selepas membaca buku ini, memberi semangat kepada kita untuk sentiasa berdoa, malah akan menjadikan kita rasa seronok untuk berdoa kerana tatkala berdoa, sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah secara langsung!
Saya percaya, mungkin ada dalam kalangan pengunjung blog ini sudah memiliki buku ini. Tetapi bagi yang belum, saya syorkan agar buku ini dimasukkan di dalam rak buku perpustakaan di rumah anda sebagai bahan bacaan keluarga.
Judul : Di Dunia Ada Syurga
Pengarang : Asma Nadia
Penerbit : PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tebal : 149 muka surat
Tahun : 2009
Harga : Semenanjung (RM11.90), Sabah/Sarawak(RM13.90)
Ketak ketik ketuk : Terasa lapang selepas berdoa...
Aslkum Tuan Tanah..hehehe..Terima kasih di atas info tersebut..Rak sabar nak cari buku tu hujung minggu ni.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkunjung. Ya, jangan tak beli. Buku ini bagi saya sungguh menarik.
BalasPadamsalam..
BalasPadamsaya suka buku cam nie..
terima kasih kongsi ye..^^
dan terima kasih jugak pada awak yang sudi komen pada sy..
mendoakan saya sht..:)
saya xtau kenapa saya pitam masa tue..
dan betul cakap awak,,saya terlalu gemuruh..
dan saya mmg darah gemuruh..
terima kasih ye bagitau sy..
moga awk sht2 selalu..
:)
buat miSwiexiedawia, terima kasih atas kunjungan awak.
BalasPadamYa, buku ini memang bagus dan memberi motivasi kepada kita yang adakalanya kita rasa bosan nak berdoa lantaran doa tidak dimakbulkan. Simpanlah satu dalam rak buku di rumah awak.