SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 23 April 2010

BERKONGSI RASA: AYAH BELI APA?

Setiap kali seretan tayar kereta saya diparkirkan di ruang carpoarch rumah, anak-anak saya berebut-rebut menyambut ayahnya pulang dari tempat kerja. Pulangnya malam. Lazim pukul 7 malam sampai di rumah.
"Ayah beli apa?" tanya anak perempuan bongsu (4 tahun) yang tercongok mukanya di tepi tingkap pintu kereta.
"Tak ada apa-apa. Ayah letih ni." Jawab saya. Wajah-wajah hampa terpamer pada muka anak-anak. Namun mereka tetap menawarkan untuk membawa beg ayahnya. Itulah soalan yang SERING MEREKA AJUKAN, dan jawapan ayahnya sering menghampakan. Namun, semangat mereka tetap utuh. Adakalanya siap menghantar segelas air sejuk kepada ayahnya yang masih lagi duduk dalam kereta. Saya mula berfikir dan terfikir.Hmmm..itu dulu, sekarang...
Seretan tayar kereta yang diparkir seperti biasa. Anak-anak keluar menyambut.
"Ayah beli apa?" mulut Si Bongsu bertanya. Muka penuh mengharap tercongok di tepi tingkap pintu kereta.
"Nah, ayah beli roti." jawab saya. "Yeeeaaa,..." suara girang memenuhi ruang halaman rumah.
Esok pula;
"Nah, ayah beli keropok"
"Yeeeaaaaa!"
Lusa pula;
"Nah, ayah beli gula-gula."
"Yeeeaaaaa!"
Hari-hari seterusnya;
"Nah, ayah beli...."
"Yeeeaaaaaa"
Begitulah. Saya banyak belajar erti kasih sayang dan nilai menyayangi daripada anak-anak. Terima kasih anak-anakku kerana mengajar ayah untuk berusaha MENJADI AYAH TERBAIK buat kalian....Kegirangan mereka menghilangkan rasa penat di jiwa walaupun badan masih penat bekerja...

15 ulasan:

  1. hmm...teringt kt adik sy lak..

    sy pun dpt rs apa yg mesintaip rasa..evn sy blm kwin n ada ank..adik sy yg bongsu selalu buat mcm tu..

    sampai rumah dia akn buka pintu kereta..tersenyum and menjenguk ke dalam kereta kot2 sy ada belikan sesuatu utk dia..

    biasanya sy akan hulurkn beg sy..thn pandai2 la dia bongkar..hehe.. ;)

    even benda tu kecil..tp bila dia rasa happy..kita pun tumpng happy gak kan..? :)

    BalasPadam
  2. ^___^
    sweet xde adik kecik2..
    xde sape sambut balik..
    kucing sweet pon da malas tunggu sweet balik..
    hehehe..

    BalasPadam
  3. nabilah_2908 dan SwEetForEst, terima kasih atas kunjungan.

    1. nabilah_2908 - awak boleh amalkan juga budaya ni. Belilah apa-apa pun makanan walaupun murah tapi berharga buat anak-anak kecil ni.

    2. SwEetForEst - awak belilah makanan kucing untuknya. Insya Allah, dia akan mendoakan awak dengan bahasa 'meaow' nya..heheh

    BalasPadam
  4. salam,
    kecil2 dulu kita hanya tau seronok dan memerintah.
    skang rupa2nya dah sampai turn kita ya...:)
    moga cita2 sahabat mjadi bapa terbaik tcapai. insyaallah...

    BalasPadam
  5. piewahid, terima kasih atas ziarah.
    Sebenarnya memang sentiasa belajar dan belajar lagi untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik dalam keluarga. Mudah-mudahan Allah memberi bimbingan.

    BalasPadam
  6. kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah snggup berpisah..demi mencari sesuap rezeki untuk isteri tercinta dan anak2x tersayang

    BalasPadam
  7. anak2 kecil memang jarang nak berkecil hati..
    mudah je lupa bila kita marah pada mereka..
    sikit pun xberdendam..

    hargailah mereka sebelum mereka pandai berdendam..

    BalasPadam
  8. hmmm tersentuh jugak...UJ baru saje brgelar ayah...insyaAlah banyak yg UJ boleh belajar dr sini kan...jemput ke blog UJ ...salam ziarahhh

    BalasPadam
  9. Nur Islam, nasikputeh dan unclejoe, terima kasih atas ziarah kalian.

    1. Nur Islam - Apabila kita sudah berkeluarga dan bergelar ibu atau bapa, barulah kita mampu menyelami erti kasih sayang dan tanggungjawab.

    2. nasikputeh - Betul. Anak-anak tidak pandai berdendam lama, namun anak-anak terlalu kuat daya ingatan mereka dalam menuntut janji kita kepada mereka. Hm...selalu menjadi mangsa anak-anak apabila berjanji itu ini..heheh

    3. unclejoe - Tahniah buat UJ. Semoga anak awak membesar dalam kasih sayang ibu dan ayahnya. (Hm..dah bertambah tanggungjawab tu..)

    BalasPadam
  10. aka nur islam: ermm itulah..sekrg ni myb x rasa sgt..nnt bila dh ada family mcm mana agaknya..skrg nie dok sorg2x pun mcm ssh je nk manage dr sndr..nnt dh ada family lg besar t/jwbnya..kena bnyk belajar lg nie

    BalasPadam
  11. ZaRa al Zahra, terima kasih atas ziarah.
    Inilah masanya untuk awak menimba ilmu dan belajar tentang dunia rumah tangga.

    BalasPadam
  12. teringat masa dulu2...sepanjang hayat, arwah abah memang tak pernah lokek bawak buah tangan walaupun terpaksa dibahagi oleh ibu utk anak2 kecil yang kecil(ramai adik beradik, riuh satu rumah kalau tiba time berbahagi makanan..)skrg bila tiba masa fieza, balik kpg jer...jadi penganti abah..adik2 dah tercongok kt depan pintu ambik bagasi dalam van tambang...:)

    BalasPadam
  13. fieza_sauti, terima kasih atas ziarah. Ya, awak boleh teruskan budaya itu dalam kehidupan awak sehinggalah apabila sudah berkeluarga nanti.

    BalasPadam
  14. tringat kat ayah..:)

    dulu time kecik2 slalu tnggu kat dpan pintu kalo ayah balik kije or balik dr kedai..
    dapat gule2 pon da suke gile..

    kecik2 dlu suke ikot ayah g kedai..
    pastu minom air kopi kat dlam piring n kongsi telur 3 suku ngan ayah..
    sweeet sgt memory tu..

    pendpat saye..
    nak jdi ayah ni..
    kene sabar ngn karenah anak2..
    n slalu jdi pndengar yg baik..
    coz anak2 slalu nakkn perhtian..

    :)

    smuga awak mnjadi pemimpin keluarga yg terbaik..
    Amin..~~

    BalasPadam
  15. azza, terima kasih atas ziarah entri ini.
    1. Benar, hampir semua kita melalui situasi yang sama semasa zaman kecil kita. Tunggu ayah balik bawa ole-ole dari tempat kerja.

    2. Minum kopi dalam piring. Hah, memang manis kenangan tu. Saya dulu pun pernah buat macam tu semasa ayah ajak minum di warung. Kononnya, buat macam tu air kopi cepat sejuk.

    3. Memang. Bila sudah jadi ayah ni, kena banyak bersabar. Ada lima anak, maknannya ada lima karenah dan ragam yang dihadapi.

    4. Amin. Mudah-mudahan dapat jadi ayah/pemimpin keluarga yang terbaik sepertimana yang didambakan.

    BalasPadam