Ummah Islam malas membaca!
Adakah anda terkejut dengan kenyataan saya ini? Atau anda marah kerana memberi gambaran yang negatif terhadap ummah Islam? Tenang. Lihat dulu fakta berikut. Di sini saya ingin berkongsi fakta dengan anda tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini saya petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut;
Adakah anda terkejut dengan kenyataan saya ini? Atau anda marah kerana memberi gambaran yang negatif terhadap ummah Islam? Tenang. Lihat dulu fakta berikut. Di sini saya ingin berkongsi fakta dengan anda tentang tahap budaya membaca ummah Islam khususnya di negara-negera Arab berbanding negara Jepun dan Eropah. Statistik ini saya petik daripada Majalah Solusi keluaran Isu 18. Kajian ini telah dibuat oleh Dr. Raghib al-Sirjani. Hasil kajian beliau seperti berikut;
Jepun : 40 buah buku setahun
Eropah : 10 buah buku setahun
Arab : 20 HELAIAN BUKU SETAHUN!
Bagaimana pula di negara kita, Malaysia sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Kajian yang telah dibuat pada tahun 2005 menunjukkan budaya membaca dalam masyarakat kita membaca 2 BUAH BUKU SETAHUN! Jenis-jenis bacaannya pula seperti berikut;
Surat Khabar : 77.4 %
Majalah : 3 %
Buku : 3 %
Komik : 1.6 %
Nah, apa yang dapat anda simpulkan tentang perkara ini?
Sepatutnya, dalam kalangan umat Islam budaya membaca ini adalah yang paling tinggi. Ini kerana wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad ialah berkaitan dengan perintah MEMBACA.
Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)
Tidak dinafikan budaya membaca ini berkait rapat dengan budaya ilmu. Kerana itulah dikatakan 'membaca jambatan ilmu'. Lihatlah kemunculan tamadun-tamadun manusia yang pernah menguasai beberapa bahagian sudut di dunia ini suatu ketika dahulu. Masyarakatnya merupakan masyarakat yang membaca dan tinggi keilmuannya.
Tamadun Mesir telah meninggalkan budaya membaca/ilmu mereka pada tulisan-tulisan yang terpahat pada dinding-dinding piramid yang sehingga kini belum mampu dihuraikan sepenuhnya oleh pakar arkeologi dan saintis. Tamadun China muncul dengan terciptanya kertas. Tamadun Yunani melahirkan ramai golongan filosofi. Tamadun India kaya dengan nilai kesusasteraannya yang dirakam dalam kitab-kitab agama mereka. Malah, suatu ketika dahulu Tamadun Islam turut muncul dengan kemuncak ilmuannya yang tinggi. Bayangkan, tatkala tentera Tartar pimpinan Hulagu Khan merempuh kota Baghdad ketika itu menyaksikan dunia Islam telah mengalami 'kiamat' ilmu. Apa tidaknya, ratusan ribu naskhah buku dari dalam Baitul Hikmah telah diangkut keluar oleh tentera Hulagu untuk dibuang ke dalam sungai Furat untuk dijadikan jambatan bagi menyeberang ke seberang dalam misi ketenteraannya. Bayangkan buku dijadikan jambatan!
Jika dulu, masyarakat Islam sibuk dan gemar berbicara tentang judul-judul buku/kitab yang terbaru yang dikarang oleh ulama mereka. Namun kini, umat Islam pula sibuk dan gemar berbicara tentang kereta, fesyen terbaru, sukan bola sepak, lagu-lagu hit terkini dan sebagainya. Tidak nampak keterujaan mereka untuk memiliki buku terbaru setiap bulan. Membicarakan buku-buku terkini di warung-warung kopi atau di lobi-lobi hotel. Masih jauh lagi untuk melihat suasana ini dalam kalangan umat Islam. Sayang, kadar celik huruf di negara kita antara yang tertinggi di dunia, namun kepandaian membaca itu belum mampu dimahirkan untuk menjadi budaya membaca.
ketak ketik ketuk : Ayuh, kita bangkitkan budaya membaca dalam kalangan ummah Islam!
ketak ketik ketuk : Ayuh, kita bangkitkan budaya membaca dalam kalangan ummah Islam!
saye suke mmbace..
BalasPadamtapi x cenderung tuk bace buku2 ilmiah..
mungkin pasni saye kene rajinkan diri tuk mmbace buku2 ilmiah..
remaja zaman skang ni pun x minat nak bace buku yg camtu..
kalo x kene bace sbb buku tu buku pelajaran..xd la bace kot..
simpan jela jadi harta karun..huhu..
azza, terima kasih atas ziarah entri ini.
BalasPadamBaguslah kalau awak pun suka membaca. Teruskan hobi tersebut sehingga menjadi budaya. Nak baca buku ilmiah mungkin berat untuk awak. Saya cadangkan agar awak mulakan baca majalah yang berinfomasi separa ilmiah.
a'a betol juga dengan apa yg diutarakan...khasnya di negara kita...tapi UJ pun agak konpius bile pernah baca entry ustaz cahaya tentang topic yang saing kait mengait dengan yang mesintaip type kat sini...
BalasPadamhttp://ustazcahaya.blogspot.com/2010/04/percayalah-umat-islam-adalah-masyarakat.html
walaubagaimana pun UJ cukup berbangga ketika pernah melawat ke sebuah negara di timur tengah dulu...negara yang ramai students kita menuntut ilmu...di sana pada UJ mereka membawa imej yang cukup bagus dan baik...syabassss teruskan...di mana mana sahaja dalam bas, time tunggu bas apa tah lagi kalau dalam masjid...ramai students Malaysia membca..itulah imej yang UJ rakam dalam minda UJ tentang pelajar2 Malaysia di Mesir...walaupun UJ hanya sempat singgah beberapa hari di situ...
unclejoe, terimakasih atas ziarah entri ini.
BalasPadamHmm...saya sudah melawat blog ustazcahaya tu. Bagus blog dia tu.
UJ tak perlu 'konpius' dengan apa yang dipaparkan dalam blog tersebut dengan apa yang dibincangkan dalam blog ini. Dua perkara sama dari segi perbuatan, namun berbeza dari segi tujuan. Membaca yang dimaksudkan dalam blog ustazcahaya tu lebih kepada kita mengungkapkan doa-doa untuk amal ibadah (ritual) harian. Memang tidak dinafikan, jika dikira itu maksudnya maka umat Islam paling banyak membaca. Itu pun boleh dikaji lagi, benarkah umat Islam ini rajin berdoa? Yang ini satu hal yang lain pula.
Maksud membaca dalam entri saya ini pula merujuk kepada sikap menimba ilmu untuk kajian ilmiah atau sebagainya. Membaca sebagai pengetahuan, seterusnya mampu membuat sesuatu tindakkan susulan hasil daripada pengetahuan yang dibaca untuk kemajuan ummah, dalam membangunkan semula Tamadun Ummah yang telah runtuh. Ya, kita bangunkan semula kekuatan tersebut untuk kali keduanya dengan ilmu pengetahuan.
owhh begitu...tapi memang berapa kerat la sangat ekkk kat negara kita dan orang kita yang boleh semai tabiat membaca sebagai satu budaya... di tokyo..dalam LRT mereka ada disediakan buku-buku untuk bacaan sementara sampai ke destanasi..mcmana kalo LRT kita camtuh...dah lama buku tu hilang tak pun berselerak kan...?
BalasPadamKempen membaca di dalam LRT sudah mula dijalankan di negara kita. Buat masa ini, sambutannya masih belum menggalakkan. Namun sekurang-kurangnya usaha itu sudah dibuat.
BalasPadamsala....sy suke membace...tp novel la kn...erm...skang,tgh nk mempraktikkan diri untk membaca bhn2 ilmiah...insyaALLAH...:D
BalasPadamanum farida, terima kasih atas kunjungan entri ini.
BalasPadamBaguslah kalau awak pun minat membaca, tak kisahlah kalau awak suka membaca novel. Sekarang ini pun banyak gaya penulisan novel yang bersifat ilmiah. Novel berjiwa islamik pun banyak. Pandai-pandailah memilih novel yang sesuai untuk dibaca, sebab banyak juga novel yang bersifat picisan.
Punva kenapa bangsa kita kurang membaca adalah kerana mentaliti kita sendiri yang tak suka membaca. Bagaimana solusinya pada masalah ini, mungkin Mesintaip boleh mengutarakan 'ubat-ubatan' pada masa akan datang.
BalasPadamDi sini ana ada satu blog cukup menarik, milik seorang mujahada pencinta buku di Johor Bahru sana, bolehlah lawat: http://jomsewabuku.blogspot.com/
Ibnu Jamaluddin, terima kasih atas ziarah pada entri ini.
BalasPadamInsya Allah, saya akan cuba menulis 'ubat-ubatan' tersebut. Memang saya ada perancangan untuk melancarkan kempen membaca di sini.Terima kasih juga paparan alamat blog yang dimaksudkan.