Sejak kebelakangan ini, masyarakat kita telah digemparkan dengan isu pembuangan bayi. Badan yang masih bertali pusat, wajah comel yang dihurung semut, malah cebisan anggota yang digonggong anjing antara paparan yang digambarkan oleh pihak media tentang nasib yang menimpa bayi-bayi yang dibuang (baca dibunuh) oleh manusia yang berhati binatang. Ada juga yang dibuang kemudian dibakar dalam cubaan menghapuskan bahan bukti. Malah ada yang hancur digilis oleh lori sampah apabila bayi itu dibuang di kawasan pembuangan sampah. Adakah begitu murah nilai si kecil semurah sampah yang dibuang? Apa yang ada dalam fikiran dan hati sipelaku tersebut tatkala melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Isu pembuangan bayi ini bukanlah suatu yang baru berlaku di negara kita. Awal tahun 1990-an dulu pun kes ini pernah menggemparkan masyarakat kita. Bayangkan, jika bayi yang dibunuh dan dibuang ketika itu ditakdirkan hidup hingga sekarang, usianya sudah pun menjangkau 19 atau 20 tahun. Sudah cukup dewasa menjadi aset negara yang berpotensi dalam membangunkan negara.
Namun jika kita soroti dalam sejarah dan ketamadunan manusia, isu-isu 'pembuangan' atau pembunuhan bayi-bayi ini sudah pun berlaku sejak sebelum masehi lagi. Ada dua era yang dicatatkan dalam al-Quran tentang nasib malang yang menimpa para bayi ini. Pertama, pada era kegemilangan tamadun piramid di Mesir, iaitu semasa pemerintahan Firaun pada masa kelahiran nabi Musa a.s. Kerana terlalu percaya dengan ramalan ahli sihir yang mengatakan akan lahir seorang bayi lelaki yang bakal menggoncang kerajaan Firaun apabila ia dewasa nanti, menyebabkan Firaun bertindak kejam ke atas bayi-bayi lelaki yang dilahirkan oleh wanita-wanita daripada kalangan kaum bani Israel di Mesir. Digambarkan seramai 12 ribu bayi-bayi yang telah dilahirkan telah dibunuh oleh askar-askar Firaun atas perintah Firaun.
Isu pembuangan bayi ini bukanlah suatu yang baru berlaku di negara kita. Awal tahun 1990-an dulu pun kes ini pernah menggemparkan masyarakat kita. Bayangkan, jika bayi yang dibunuh dan dibuang ketika itu ditakdirkan hidup hingga sekarang, usianya sudah pun menjangkau 19 atau 20 tahun. Sudah cukup dewasa menjadi aset negara yang berpotensi dalam membangunkan negara.
Namun jika kita soroti dalam sejarah dan ketamadunan manusia, isu-isu 'pembuangan' atau pembunuhan bayi-bayi ini sudah pun berlaku sejak sebelum masehi lagi. Ada dua era yang dicatatkan dalam al-Quran tentang nasib malang yang menimpa para bayi ini. Pertama, pada era kegemilangan tamadun piramid di Mesir, iaitu semasa pemerintahan Firaun pada masa kelahiran nabi Musa a.s. Kerana terlalu percaya dengan ramalan ahli sihir yang mengatakan akan lahir seorang bayi lelaki yang bakal menggoncang kerajaan Firaun apabila ia dewasa nanti, menyebabkan Firaun bertindak kejam ke atas bayi-bayi lelaki yang dilahirkan oleh wanita-wanita daripada kalangan kaum bani Israel di Mesir. Digambarkan seramai 12 ribu bayi-bayi yang telah dilahirkan telah dibunuh oleh askar-askar Firaun atas perintah Firaun.
Firman Allah (maksud):
"Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Firaun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anakmu yang lelaki dan membiarkan hidup anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu."
(al-Baqarah : 49)
Bayangkan bagaimana tragisnya kematian para bayi lelaki dalam kalangan bani Israel ketika itu. Mereka telah disembelih. Disembelih seperti apa? Seperti ayam? itik? kerbau?lembu? atau unta? Wallahu 'alam. Yang pasti para bayi ini dibunuh dengan kejam sekali, semata-mata ingin menjaga dan mengekalkan status quo politik Firaun agar tiada seorangpun berani mencabarnya nanti. Itulah yang digambarkan dalam al-Quran tentang sejarah kes pembunuhan bayi.
Kedua, pada zaman masyarakat Arab Jahiliah (sekitar abad ke-7 Masehi). Kali ini, golongan bayi perempuan pula yang menjadi mangsa kekejaman manusia dewasa. Gambaran ini telah direkodkan dalam al-Quran dengan firman Allah (maksud);
Kedua, pada zaman masyarakat Arab Jahiliah (sekitar abad ke-7 Masehi). Kali ini, golongan bayi perempuan pula yang menjadi mangsa kekejaman manusia dewasa. Gambaran ini telah direkodkan dalam al-Quran dengan firman Allah (maksud);
"Dan apabila seseorang daripada mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan dirinya daripada orang banyak disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."
(an-Nahl: 58-59)
Bayangkan betapa malangnya nasib bayi perempuan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah ketika itu. Mereka telah dikuburkan hidup-hidup. Dikuburkan seperti apa? seperti bangkai kambing? biri-biri??Lembu? atau unta? Wallahu 'alam. Yang pasti bayi-bayi perempuan ini telah menempuh zaman tragis mereka ketika itu. Dibunuh dengan kejam demi menjaga maruah diri, kerana malu memiliki anak perempuan.
Namun, pada era ketinggian tamadun manusia moden hari ini yang mampu menggapai angkasa raya, nasib malang para bayi ini bertambah tragis. Bukan sahaja bayi lelaki, malah bayi perempuan pun menjadi mangsa kekejaman manusia berhati iblis, bernafsu haiwan dan berfikiran jahil ini. Kita kata seorang Firaun yang gah di atas tahtanya begitu kejam membunuh para bayi ini, namun seorang manusia yang hanya seorang pelayan kedai makan (merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan ini. Kita kata seorang bangsawan dalam kalangan kabilah Arab zaman jahiliah itu kejam membunuh zuriatnya sendiri, namun seorang manusia yang berpendidikan tingggi (juga merujuk kes yang telah dilaporkan) pun sanggup bertindak kejam membunuh benih zuriatnya sendiri!
Mengapa ini berlaku dalam masyarakat kita hari ini? (kes seperti ini bukan sahaja berlaku di negara kita malah bersifat global sebenarnya). Adakah kita tidak cerdik? adakah kita tidak kaya? Adakah kita tidak maju? Adakah kita tidak hebat? Ya, kita hanya cerdik di akal, tapi jahil di hati. Ya, kita kaya pada harta, tapi miskin iman. Ya kita maju fizikal, tapi mundur rohani. Ya kita hebat mengejar duniawi, tetapi lemah mengejar ukhrawi. Tamadun kita mampu menggapai jauh tinggi ke angkasa raya, namun belum mampu menyentuh hati dan jiwa nurani kita yang serendah di bumi ini.
Kebanyakkan kes kelahiran bayi yang dibuang dan dibunuh ini adalah hasil daripada hubungan sebelum ikatan perkahwinan. Dengan erti yang mudah, hasil hubungan zina! Nah, inilah padahnya apabila masyarakat kita mengabaikan peringatan yang telah Allah berikan sejak awal-awal lagi. Firman Allah (maksud);
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk."
(al-Isra': 32)
Dalam ayat ini Allah tak kata "Jangalah kamu berzina", sebaliknya Allah kata "Janganlah kamu MENGHAMPIRI zina," Maknanya, betapa buruknya kesan apabila berzina ini, menyebabkan langkah-langkah awal telah diperintah kepada manusia agar tidak terdedah dengan unsur-unsur yang membawa kepada berlakukan zina. Segala unsur atau ruang yang boleh membawa kepada zina atau seks haram ini perlu disekat awal-awal. Program yang menggalakkan pergaulan bebas perlu dibasmikan. Fesyen-fesyen pakaian yang menyumbang kepada keghairahan nafsu syahwat perlu dihapuskan. Rancangan-rancangan berunsur seks atau berbau seks dalam media-media elektronik perlu disekat. Bahan-bahan bacaan yang berbau porno dan pornografi juga perlu disekat. Pendek kata, apa jua jalan-jalan yang membawa kepada gejala seks ini perlu disekat. Perlu dibuat roadblock. Perlu ditutup dan disilkan. Begitulah kalau kita benar-benar serius dalam menangani isu pembuangan bayi ini. Dalam pada masa yang sama, perbanyakkan programn-program yang menjurus kepada amalan hidup sihat, amalan yang bersyariat, amalan yang tunduk kepada perintah Allah.
Bayangkan betapa ngerinya nasib sipembunuh bayi itu nanti tatkala tiba hari kebangkitan nanti.
Firman Allah; (maksud);
Firman Allah; (maksud);
"Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh,"
(at-Takwir: 8-9)
Adakah persoalan itu hanya berlegar kepada sipembunuh bayi itu sahaja. Bagaimana pula dengan diri kita? Adakah kita sudah berusaha dalam menyediakan langkah-langkah bagi membasmi gejala membuang bayi ini. Adakah kita sudah menutup ruang-ruang yang boleh membawa seseorang itu lemas dalam tuntutan nafsu seksnya?Sudahkah? Malang, kalau kita pula salah seorang yang membuka ruang-ruang tersebut. Na'uzubillah!
ketak ketik ketuk: ini sekadar pandangan saya sahaja yang lemah ilmu. Mungkin di luar sana ada lagi pandangan yang lebih bernas yang boleh dikongsi bersama.
huhu...kehadiran disini bukan untuk memberikan pandangan kerana terlalu ceteknya ilmu yang ada pada saya untuk melontarkan pandangan. saya hanya mampu membaca, teringat akan nasihat seorang abang yang sudah tidak dapat dihubungi. alangkah beruntungnya kamu sekiranya ketika membaca sesuatu, hatimu bergetar merasai sesuatu. Allah masih menyayangimu. Terima kasih Mesin Taip dengan pembukaan blog ini & artikel yang sangat menarik. olahan yang membuatkan pembaca tidak bosan. :)
BalasPadamTerima kasih atas kunjungan.
BalasPadamSaya hanya menyampaikan sekadar apa yang saya termampu buat. Sebenarnya kita saling dalam proses belajar dan mempelajari sesuatu.
sama-sama, teruskan. Saya SUKA! :)
BalasPadamhampeh tol la orang2 yang suka buang bayi ni
BalasPadambagi saya jewla kalo tanak! hahaha =)
hmmm..
BalasPadamtu la..
sweet pon sedih bile tgok berite2 buang bayi nieyh..
T___T
Buat aslizaahmad dan SwEetForEst, terima kasih atas kunjungan kalian.
BalasPadam1. aslizaahmad - baguslah kalau ada terdetik di jiwa awak perasaan 'hampeh; itu. Itu tandanya awak peka dan sensitif tentang perkara seumpama ini. Dalam islam, kita digalakkan menanam perasaan benci terhadap setiap kemungkaran. Kalau ada kekuatan, ubah atau cegah kemungkaran itu dengan tangan (kuasa), kalau tak kuasa, guna lidah pula. Dan kalau tak kuasa juga cukuplah sekadar terdetik dalam hati kita perasaan 'hampeh' kita terhadap perlakuan mungkar tersebut dan kita berusaha mengelakkan agar tidak melakukan perkara yang sama.
2. SwEetForEst - sedih memang sedihlah. Kasihan melihat aset Ummah diperlakukan sedemikian rupa.
isu yang kian meningkat dr tahun ke tahun.
BalasPadamingin berkongsi tapi mungkin kali ini lebih ringkas.
diri sendiri punca segalanya.akal yang dikuniakan membezakan kita dan binatang.jadi gunakanlah sebaiknya.
namun,peranan ibubapa,masyarakat,pemimpin sebenarnya sgt pnting.
masyarakat memdang rendah kepada para wanita yang mengandung anak luar nikah.
sedangkan nabi memafkan umat nya,Allah mengampun kan hambanya,inikan pula kita yang ingin merasa jijik terhadap org lain.berikan mereka peluang untuk berubah.mereka juga manusia seperti kamu.
kerana mungkin ada diantara mereka dirogol dan diperkosa.salah mereka juga kah?
ibu bapa perlu lah pandai membentuk anak sejak dr kecil.asas agama yang kukuh insyaAllah dapat menjauhkan diri dari perkara begini.
tidak kurang juga majalah dan media massa.perlu juga membri info2 yang terbaik untuk duguna pakai bersama.[err..pandai2 ye kaitkan ngan masalah nie.maaf tulis terlalu general]
hanya satu untuk mengelakkan masalah ini,dekatkan diri dengan Allah.insyaAllah selangkah kita dekatkan diri denganNYA,berpuluh2 langkah DIA bersama kita.
:)
*in exam mood.doakan kecmerlangan saya.mencuri masa untuk menghantar commnt ini.maaf andainya ia tak menepati apa yang dikehendaki.
salamalaik..:)
btol!!!!!!!sgt x berperikemanusiaan...berok yg x de akal pon syg ank die...huh...kalo ade ank pon,x nk jge,bg la kt org len..tu org yg x de ank...yg x boleh mengandung...ALLAH dah bg nkmat leh lahir kn zuriat,sia2 kn...sedey kt berite tgk bayi2 kt tong smph...kene bkar...mak sy smpai nanges tgk...manusia skrang makin x de akal...huh...
BalasPadamBuat Ika, terima kasih atas kunjungan awak walaupun sibuk menghadapi exam nanti.
BalasPadam1. Ya, awak betul. Akal membezakan kita dengan haiwan. Namun, sedih apabila akal tidak dijana kekuatannya untuk berfikir secara betul.
2. Semua kita bertanggungjawab dalam menangani permasalahan ini. Sama ada cara mencegah, memantau, menyelamatkan mangsa (bayi atau sipelaku itu sendiri).
3. Kita tidak menyalahkan mereka yang menjadi mangsa rogol atau diperkosa. Itu bukan atas kehendak mereka. Mereka menjadi mangsa keadaan. Cuma, kita tidak setuju dengan tindakan mereka membunuh bayi yang telah dilahirkan. Bukankah tindakkan mereka membunuh bayi itu menjadikan bayi itu juga menjadi mangsa keadaan. malang sungguh nasib bayi tersebut.
4. Ya, kita juga mengharapkan para pengamal media jujur dan ikhlas dalam 'bermedia'. Pemaparan gambar-gambar yang membuka ruang syahwat haruslah dibendung. Sebelum masyarakat bertindak, dalam kalangan pengamal media itu sendiri harus membendungnya terlebih dahulu. Kita percaya mereka mampu berbuat demikian.
5. Ya, kita pimpinkan diri kita dalam mendekatiNya. Dalam masa yang sama, kita pimpin dan bimbing mereka yang sudah tersasar ini dalam usaha mendekatiNya juga.
6. Saya turut mendokan agar awak beroleh kejayaan dalam exam awak nanti. Bukan awak seorang, malah kepada semua pengamal blog yang berstatus pelajar yang kini dilanda demam peperiksaan.
"Ya Allah, permudahkan urusan golongan pencari ilmuMu. Tajamkan mata akal mereka,terangilah mata hati mereka, lancarkanlah mata pena mereka. Setitik dakwat yang mereka tumpahi pada kertas kehidupan mereka, amat penting dan bermakna dalam meletakkan mereka dalam golongan para ilmuan yang Engkau janjikan untuk ditinggikan martabatnya. Ya Allah, janganlah Engkau hampakan harapan hambaMu yang merintih tatkala mereka mengadu dan meminta sesuatu hajat kepadaMu. Amin.."
Buat anum farida, terima kasih kerana berziarah.
BalasPadamBaguslah kalau ada dalam kalangan kita sedih sampai menitis air mata melihat fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Itu tandanya di hati kita masih ada iman dan membenci perbuatan mungkar tersebut. Sayang, bayi yang dibunuh dan dibuang itu merupakan aset ummah yang sangat berharga jika ia dipelihara dan dididik dengan betul.
Kita acapkali melihat bintang kecil di angkasa...tapi kita terlupa yang kecil adalah mata bukan bintangnya...
BalasPadamSalam tuan,
BalasPadamAlhamdulillah tuan menulis di dalam blog, sebab rugi rasanya kalau tuan tidak menulis, bakat yang ada pada tuan sepatutnya tidak di persiakan lebih-lebih lagi tuan mempunyai kerisauan agama yang tinggi :)
Dalam banyak hal kes membuang bayi ini, saya dengan persepsi yang sempit ini selalu menjumpai orang yang melakukannya memang tidak ada kekuatan dalaman, saya kenal beberapa orang yang pernah melakukannya, apa yang saya dapati mereka adalah golongan yang terdorong untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan kaedah 'shortcut'. Saya juga dapati mereka adalah golongan yang mudah dan suka tertipu baik oleh orang lain mahupun diri sendiri. Ini bukan untuk melabelkan semua yang membuang bayi sebegini...ini hanya pemerhatian saya yang lemah ini.
Mereka ini bukannya tidak mempunyai sifat yang baik, cuma apabila mereka kekalkan 2 perkara di atas dalam hidup mereka sukar untuk mereka meneruskan hidup mereka dengan baik, walaupun peluang dan simpati yang mereka perolehi tidak akan mengubah diri mereka kalau mereka tidak cuba mengubah 2 sikap itu tadi.
Wallahualam,
Ini yang saya perati lah sheikh...saya masih percaya setiap insan ada peluang di hadapan Allah.
Buat Projek Keli Kanvas & TAQWACORE, terima kasih atas ziarah dan komen kalian.
BalasPadam1. PROJEK KELI KANVAS - Awak betul. Manusia (kita) selalu tersilap membuat sesuatu penilaian sehingga kita mudah tersilap membuat tindakan.
2. TAQWACORE - Sheikh betul. Kelemahan pertahanan dalaman menyebabkan seseorang itu mudah terperangkap dalam kancah kemaksiatan (kemungkaran). Betul, bukan tidak ada sifat baik yang lain yang ada pada diri mereka, namun dalam hal ini sahaja, iman mereka tidak mampu mengekang kemahadahsyatan bisikan syaitan. Bukankah nabi pernah bersabda antara maksudnya, "Tidak berzina seseorang itu melainkan imannya telah dicabut ketika dia melakukan zina itu." Jadi, apabila iman itu datang kembali, itu yang membawa kepada penyesalan diri. Malangnya, mereka melakukan kemungkaran yang lain pula dengan sanggup bertindak membunuh bayi ini (ketika ini iman mereka sekali lagi dicabut dalam hati mereka). Dalam hal ini kita tidak meletakkan seratus peratus kepada siperempuan, malah juga kepada silelaki yang membawa kepada keterlanjuran tersebut.
Apa-apa pun, bagi yang telah terlanjur melakukan perkara ini, kita wajib memberi bimbingan kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan.Pada masa yang sama kita lipat gandakan usaha mencegah di peringkat akar umbi permasalahan ini. Tidak cukup hanya sekadar membendung sahaja.