"Ina, mari makan mee sedap yang ayah masak ni," saya memanggil anak keempat saya yang berusia 7 tahun.
"Hmm, ingatkan ayam masak merah tadi," dia menyambut juga pinggan mee yang saya hulurkan.
"Kenapa, nak makan ayam masak merah ke?" tanya saya inginkan kepastian.
Dia mengangguk.
"Sedap ke ayam masak merah yang ayah masak kelmarin?" saya menyoal dia lagi.
"Sedappp.."dia menjawab. Isteri saya yang duduk di sebelah sekadar tersenyum.
"Nanti, tengah hari ayah masak ayam masak merah," saya berjanji dengannya.
Tengah hari itu saya tunaikan harapan anak saya tersebut. Kali ini saya beli bahagian kepak ayam. Sampai di rumah, terus saya 'kreatif'kan kepak ayam itu. Lebih kurang setengah jam, kepak ayam masak merah siap untuk diratah. Hmm..puas hati tengok anak- anak berselera makan. Tak sia-sia bakat memasak ayah mereka untuk memenuhi kehendak selera mereka.
Sebenarnya saya ni minat memasak. Memasak bagi saya bagaikan suatu terapi jiwa. Er, bagaimana pandangan kalian di luar sana, adakah kalian merasai seperti mana yang saya rasai ini juga. Memasak suatu bentuk terapi jiwa?

Wah!Beruntunglah anak-anak yang mempunyai ayah yang minat memasak..apalagi kawan sebelah mesti happy dapat suami suka memasak..
BalasPadamBingkai Waktu, terima kasih atas ziarah.
BalasPadamTaklah pandai sangat. Setakat untuk makan anak-anak bolehlah. Dia orang bukannya pandai nak komplen sangat, hehehehh..
kalau sy,shopping itu terapi jiwa :D
BalasPadam~kuyam~, terima kasih kerana datang menziarahi.
BalasPadamSuka juga shopping, tapi di kedai buku..heheh.
salam,
BalasPadamsayapun minat masak, boleh memasak (standard amatur)tetapi semenjak dua menjak ni xberapa rajin @ malas... :)
piewahid, terima kasih atas kunjungan.
BalasPadamBaguslah kalau macam tu. Sebagai seorang suami, ilmu memasak ni penting juga untuk kita pelajari (langkah awal kalau isteri mogok memasak, heheh) Bagi saya, tugas memasak bukanlah 100% diletakkan atas bahu isteri. Seronok kalau dapat memasak sama-sama di dapur, kan. Kepada yang bujang-bujang di luar sana tu saya nasihatkan kalian kena belajar juga ilmu memasak ni.
hrumm...
BalasPadamsetuju..memasak tu 1 terapi..lagi best bila tgk org yg makan masakan kita tu sampai habis..rasa sngt puas.. ;)
nabilah_2908, terima kasih atas ziarah.
BalasPadamBetul. Saya rasa satu keseronokkan apabila memasak. Lebih-lebih lagi jika dalam keadaan tenang, dan berdua dengan zaujah.