SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 26 April 2010

LUAHAN RASA: MENTALITI KELAS KETIGA

"Masya Allah!, ini dah jadi masalah ni?" tiba-tiba ungkapan itu tercetus dari mulut saya. Isteri dan anak-anak mempamerkan wajah yang penuh tanda tanya. Bingung melihat apa yang berlaku di depan mata.

"Kalau macam ni, tunggu malam baru dapat balik," saya mengeluarkan kenyataan itu secara umum. Saya terus membuka pintu van. Anak-anak dan isteri duduk saja. Tak tau nak buat apa. Saya pun begitu juga. Tak tau nak buat apa. Nak keluar memang tak boleh. Van saya dihadang oleh sebuah kereta Gen2 yang parkir di sebelah van saya. Sebenarnya, saya dan keluarga nak balik setelah puas melawat pameran MSAM di tempat letak kereta Bangunan Wiswa Bapa Malaysia di bandaraya Kuching semalam (25 April).

Saya antara pelawat yang awal memarkirkan kereta di sepanjang bahu jalan tersebut. Entah, apabila nak balik, berjejeran kereta lain yang sedang diparkirkan bersebelahan dengan kenderaan yang datang awal tadi. Maknanya sekarang, susunan parkir kereta itu menjadi dua lapis. Kerana itu, van saya memang tidak boleh keluar.

"Hmm..kenapalah diorang tak boleh berfikir sejenak masa nak parkirkan kereta ni?" Saya bermonolog sendiri.

Saya buntu. Mahu tak mahu tunggu saja tuan punya kereta tu. Sambil-sambil menunggu tu, anak-anak dan isteri sedang meratah makanan yang dibeli dan dibekalkan. Saya berdoa moga-moga situasi 'terperangkap' ini tidak lama. Hampir setengah jam, seorang lelaki berjalan menuju ke kereta kancilnya yang terletak di bahagian belakang kereta Gen2 tadi. Dia keluar, dan ada ruang untuk saya keluar juga.

"Alhamdulillah..."bisik hati saya.

Sepanjang perjalanan pulang, saya masih memikirkan kejadian sebentar tadi. Persoalan besarnya, mengapa ada orang masih tidak mampu berfikir secara logik tentang setiap tindakkannya yang boleh membawa kepada kesusahan orang lain? Teringat dengan kata-kata bekas Perdana Menteri dulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dia kata, kemudahan dan infrastruktur di negara kita ini mencapai tahap dunia kelas pertama, namun mentaliti penggunanya masih ada yang di tahap kelas dunia ketiga.


ketak ketik ketuk : Kalian mungkin pernah alami masalah yang serupa pada peristiwa yang berbeza...

7 ulasan:

  1. hrumm..mereka ni spisis mementingkan diri sendiri...ila dh kena dgn btg hidung sendiri..baru la die rs.. huhu..

    kira ok la mesintapi mampu bersabar..ada org lain..sure dah kecoh kt situ.. :)

    BalasPadam
  2. itu perkara biasa kalau rakyat tak terdidik terlebih dahulu...kesimpulan pada UJ... kita melebihkan material fizikal bukan material nilai dan moral apatah lagi material ruhhi...

    BalasPadam
  3. nabilah_2908 dan unclejoe, terima kasih atas ziarah.

    1. nabilah_2908 - Hmm, memang masih tahan sabar lagi hari tu. Sebab sambil menunggu tu kita orang "berkelah" dalam van. Makan apa yang ada.

    2. unclejoe - benar, fahaman materialisme sudah lama menyerap masuk dalam jiwa kita hari ini. Kekadang kita gagal untuk mengatasinya. Apa-apa pun, kita kenalah kuat semangat agar unsur ini tidak terus menguasai kehidupan kita.

    BalasPadam
  4. hasil doktrin dunia pendidikan kita yg 'maju'..
    tinggalkan agama di belakang demi kemajuan...
    inilah salah satu 'kemajuan' yg berjaya dicapai..
    tahniah

    BalasPadam
  5. akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah.
    Tidak dinafikan anak-anak kita sudah di 'set' kan dalam minda mereka bahawa tujuan menimba ilmu untuk mengejar nikmat dunia semata-mata. Kita selalu silap dengan mengatakan kepada anak-anak bahawa "belajarlah tinggi-tinggi, nanti dapat kerja yang baik.". Nah, di sini kita sudah silap meletak nilai ilmu itu dalam kalangan anak-anak. Tidak hairanlah, keintelektualan anak-anak sudah digaulkan dengan fahaman materialistik.

    BalasPadam
  6. betul dan bernas!
    maka bermula dr ibu bapa jugalah segalnya...
    moga mampu melahirkan generasi quran yg bijak dan celik mindanya!

    *menulis sambil mendengar lagu lakaran minda oleh saujana

    BalasPadam
  7. akuinsanlemah, terima kasih atas kunjungan lagi dalam entri ini.
    Ya, kita memang impikan generasi yang celik dan faham al-Quran untuk menerajui masa depan ummah Islam pada masa hadapan.

    BalasPadam