SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 2 April 2010

PRO & KONTRA : KAHWIN TERLALU MUDA


(keratan akhbar Berita Harian 2 April 2010)


Hari ini saya nak mulakan ruangan pro dan kontra. Sebagai permulaan, saya pilih isu 'Kahwin Terlalu Muda'. Saya percaya, semua sudah membaca berita tentang kes adik Halimaton Abd. Rashid, 15 , dalam laporan kebanyakan akhbar arus perdana hari ini. Beliau yang dikatakan hilang sebenarnya berada di rumah teman lelakinya, Mohamad Noor Abdullah, 19, di Kampung Kisap. Khabarnya, beliau ingin berkahwin dengan teman lelakinya itu. Laporan akhbar hari ini mengatakan bahawa wujud persetujuan antara kedua belah pihak keluarga untuk mengahwinkan kedua-dua pasangan itu setelah urusan pentadbiran termasuklah kebenaran Mahkamah Syariah Baling diperoleh. Maknanya, jika ini berlaku, kedua-dua pasangan ini akan berkahwin dalam usia yang terlalu muda.

Tanpa menyentuh watak adik Halimaton dan teman lelakinya, secara umumnya, saya buka ruang perbincangan ini kepada para pengunjung blog untuk menyatakan pandangan masing-masing sama ada setuju atau tidak dengan konsep kahwin dalam usia terlalu muda (umur belasan tahun). Kalau setuju, apa kebaikannya, dan kalau tidak bersetuju apa pula keburukannya.


Ketak ketik ketuk: Hmm..untuk makluman, emak saya dulu kahwin dalam usia 13 tahun. Nampak okey saja. Anak-anak mampu membesar dengan baik...

7 ulasan:

  1. hrumm..pendapat saya...untk zmn sekarang..memang tak relevan berkahwin dalam usia yg terlalu muda..kita tak boleh samakan dgn zaman dahulu, terlalu banyk perbezaannya.

    sy pasti kes cerai berai akan bertambah..mereka terlalu muda malah hidup mereka pun masih lagi berada di bawah tanggungn ibubapa, mcm mana la dieorg nk survive..sekolah pun tak habis lagi.. :)

    tapi dari sudut +ve nya ,

    gejala maksiat dapat di bendung.. (^_^)

    BalasPadam
  2. mcm x setuhu jer...sbb ntah la...kalo 20 itu boleh terime...15mcm x sesuai..

    BalasPadam
  3. bagus. elak maksiat dikalangan remaja. at least bulih kurangkan kelahiran anak luar nikah. huu~

    BalasPadam
  4. salamalaik..

    setiap perkara ada baiknya,ada buruknya
    saya tak sokong dan saya juga tak bangkang
    in da middle is better..

    ok.lets start wif kebaikan.
    well,as we noe kehidupan skang yang semakin maju dan membangun sehingga kanak2 mempunyai sifat curios[i bet it is awrong spelling] yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru.
    sebagai contoh,kemaksiatn semmakin rancak dilakukan tanpa segan silunya.jadi,dengan berkahwin awal,serbasedikit dapatlah mengurangkan dosa berkhalwat dan berzina tu.
    opps..rasenye ayat terlalu skema.ok.jadik sempoi jap.
    second,kalo kahwin awal mak bapak dah tak perlu risau.anak2 da ada org yang jaga.
    third,seseorg akan lebih menjadi lebih matang apabile berkahwin.
    fourth,belajar untuk hidup lebih bertanggungjawap dan beridkari.
    fifth,umat islam dapat berkembang dengan lebih pesat nye,justeru membentuk sebuah komuniti islam yang cerdas lagi membangun dan mengalahkan musuh2 islam diluar sane..

    ok.for da bad side[actually,ngah rush nie.so tak jadik nak wat karangan..heheh]
    1.perkahwinan bukanlah sebagai tmpat untuk melampiaskan nafsu semata2.sbb itulah sekarang ramai yang ccerai awal.kerana perkahwinan mereka hanya terletak pada nafsu mereka.bukan kepada niat,dan tanggungjwp mereka.jadi,bg mereka yang berkahwin awal,sudahkah mereka bersedia memikul tanggungjawap yang telah diberikan Allah itu?bukan mudah untuk membesar dan menidik anak.
    umur 13 thn untuk zaman dahulu dan 13 thn zaman sekarang amat berlainan..jika dahulu umur 10 thn sudah pon boleh memasak,masuh pakaian semua.namun 10 thn zaman sekarang,permainan pondok2,mak2,cikgu2 masih bertakhta dihati mereka.
    2.meningkatkan kes penceraian.sesungguhnya ianya sgt dilarang oleh islam.
    3.mampukah mereka memberi yang terbaik untuk suami ,pelajaran dan keluarga mereka.3 keutamaan yang perlu mereka tumpukan.saya belum merasakan kematangan mereka untuk menghadapi semua itu
    4.boleh kah anda memberi tempat tinggal yg selesa untuk isteri anda.maknan yang enak untuk keluarga anda.pendidikan yang sempurna untuk anak anda.ketahuilah,tanggungjawap sebagai pemimpin keluarga sgt besar wahai saudara.
    5.matangkah mereka ketika membuat keputusan?adakah keputusan mereka itu nafsu semata2 atau kepentingan sendiri?tepuk dada tanya selera.

    sebenarnye banyak lai yang bermain difikiran.disebabkan saye menulis dalam keadaan nak cepat jadi tu je la yang dpt berikan.mungkin apa yang saya ckp ada yang tidak setuju.ampun dan maaf saya pinta.yang baik dtg dr Allah,dan segala kesilapan semua atas salah saya sendiri.
    btw,tetap mendoakan kebahagiaan mereka.amin ya Rabb.

    BalasPadam
  5. pembetulan keburukan no.4
    *kepada para suami..................

    BalasPadam
  6. Bismillahirahmanirahim...

    ana setuju dgn ika.... setiap perkara ada pro n contranye...

    isu kawin muda..
    semakin hangat diperkatakan... kepapa remaja zaman kini.. xnk mengulas panjang kerana byk telah dikongsi oleh ika...

    tetapi sebaiknye dalam membuat keputusan itu carilah redha Ibubapa kerana redha Ibubapa juga merupakan redha Allah..

    BalasPadam
  7. lebih baik mendapat perhubungan halal, jika tiada jodoh, bercerai dan nafkah anak terlindung. Daripada bersama, mendapat anak haram kemudian ditinggalkan. Ibarat wanita tiada harga langsung, Jadi, renunglah sendiri.

    BalasPadam