SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 2 April 2010

RENCAH KEHIDUPAN: ISU KARTIKA SELESAI.


(keratan akhbar Berita Harian 2 April 2010)

Isu pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan kepada Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, kini dianggap selesai selepas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menggantikan hukuman enam sebatan syarie ke atas Kartika kerana kesalahan meminum arak kepada menjalani hukuman khidmat masyarakat selama tiga minggu.
Kemelut pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika menjadi isu yang berpanjangan sedikit masa lalu apabila pelaksanaannya tidak dapat dijalankan ekoran tiada tukang sebat syarie di penjara. Pelik? Namun, kita cukup simpati dengan nasib yang menimpa Kartika. Sepanjang isu ini berlegar dalam masyarakat kita, kelihatan Kartika dan seluruh ahli keluarganya mengalami sedikit tekanan jiwa dan perasaan.
Saya cukup bangga dengan sikap Kartika yang ikhlas mengakui kesalahannya dan ikhlas menjalani hukuman sebat tersebut tanpa mahu membuat rayuan (walaupun ada sesetengah pihak meminta beliau berbuat demikian). Beliau bertindak sedemikian kerana berasa ingin bertaubat kepada Allah di atas tindakkan beliau yang melanggar larangan agama (meminum arak). Kini kemelut itu sudah selesai, dan kita berharap agar beliau dapat menjalankan kehidupan dengan lebih baik dan tenang selepas ini.


ketak ketik ketuk: Undang-undang Allah itu sungguh cantik jika dilaksanakan dengan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan