SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Ahad, 4 April 2010

SIRI PENGURUSAN MASA: 24 JAM SEHARI

Kita sudah sedia maklum bahawa masa itu sangat berharga dan penting. Allah telah mengurniakan setiap diri kita dengan 24 jam masa sehari. Tidak kira siapa diri kita. Semuanya memiliki masa 24 jam sehari. Tiada siapa yang dikurangkan walaupun sedetik, atau tiada siapa yang ditambahkan walaupun sedetik. Seorang bayi yang baru dilahirkan, Allah tetap berikan 24 sehari untuk dia melangsungkan kehidupannya. Seorang tua yang sudah nyanyuk pun, Allah beri 24 jam masa sehari. Seorang pengemis tetap Allah berikan 24 jam masa sehari. Seorang pemimpin, perdana menteri, presiden, atau sultan sekali pun Allah berikan 24 jam masa sehari.

Seorang ilmuan yang tinggi ilmunya pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Seorang pelajar yang masih terkial-kial mempelajari sesuatu ilmu pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Seorang pengurus syarikat yang berhempas pulas memerah otak untuk memajukan syarikatnya Allah berikan masa 24 jam sehari, begitu juga seorang kuli/pekerja yang berhempas pulas membanting tulang menjalankan tugasannya, Allah berikan 24 jam masa sehari.

Yang tinggal nun jauh di kutub utara/selatan dalam gubuk iglu pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Yang tinggal nun jauh terasing di dataran gurun panas dalam khemah kulit unta pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Yang tinggal nun jauh terperosok di hutan belantara dalam rumah ran dan gua pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Yang tinggal nun jauh tenggelam di dasar laut dalam kapal selam pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Yang tinggal nun jauh melangit di angkasa dalam soyuz pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Yang tinggal di mana-mana pun, dalam banglo mewah, istana besar, rumah teres, rumah setinggan, bawah jambatan, dalam kotak atau bawah pokok, Allah tetap berikan mereka masa 24 jam sehari.

Orang dulu pun Allah berikan masa 24 jam sehari. Orang sekarang pun Allah beri masa 24 jam sehari. Orang akan datang pun Allah beri masa 24 jam sehari. Nabi Adam a.s., Allah beri masa 24 jam sehari. Nabi Muhammad s.a.w. pun Allah beri masa 24 jam sehari. Firaun yang bangga dengan binaan piramidnya pun Allah beri 24 jam sehari. Abu Jahal pun Allah beri 24 jam sehari. Vasco Da Gama pun semasa dia belayar hingga terjumpanya Tanjung Pengharapan pun Allah beri 24 jam sehari. Ibnu Khaldun, Ibnu Bathutah, Marco Polo, Cheng Ho, Thomas Edison, Isacc Newton, Alexander The Great, Alexander Graham Bell, Sallehuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, Shah Jehan, Pol Pot, Yamashita dan berjuta-juta lagi watak manusia dulu dan sekarang pun Allah beri masa 24 jam sehari.

Maknanya, tiada beza antara kita dari segi jumlah masa yang kita miliki. Tidak ada alasan untuk kita mencemburui masa orang lain. Masa kita sama banyak. Allah beri sama rata. Cuma adilkah kita dalam memanfaatkan masa itu dalam kehidupan kita? Itu persoalan besarnya. Sejauh mana kita adil dalam memanfaatkan masa kita? Apa tafsiran adil. Adil ialah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Nah, sudahkah kita memanfaat masa itu dengan mengisinya dengan sesuatu yang sepatutnya dengan baik dalam kita melangsungkan kehidupan di dunia sementara ini?

Ya, Allah telah bersumpah dengan masa betapa penting dan berharganya masa dengan firmanNya;



بسم الله الرحمن الرحيم

والعصر

"Demi masa!"
(Surah al-Asr : 1)


والضحى

"Demi waktu dhuha!"
(Surah adh-Dhuha : 1)

واليل اذا يغشى

"Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap gelita)
(Surah al-Lail : 1)

والفجر
"Demi waktu fajar!"
(Surah al-Fajr : 1)


Betapa PENTINGnya masa itu. Betapa berharganya tempoh 24 jam sehari dalam kehidupan manusia. Betapa PERLUnya kita mengambil berat soal masa.

Cukuplah dengan pendedahan sedikit ini dulu untuk kita renungi bersama dalam usaha kita memanfaatkan masa kita. 24 jam sehari masa saya dengan 24 jam sehari masa anda tiada beza dari segi jumlah dan detik saatnya, namun ia tetap berbeza cara pengisiannya. Jadi, bersama-sama kita merancang masa kita hari ini dengan perancangan yang ada manfaatnya.



2 ulasan:

  1. Salam..

    Kupasan yg menarik..

    Yup, msj mmg smpai.. Tiap2 mnusia Allah bagi msa kpd mrk smuanya 24 jam/hari.. Adil, xmnzalimi siapa..

    Tp kita lah yg tlh mnzalimi diri kita dgn nikmat msa yg kita ada.. spt surah al-Asr yg akh bwa, sudahkn ciri2 org yg xrugi itu tlh kita pnuhi? stiap msa kita?

    Semoga kita jga terlindung dr termsauk golongan mrk2 yg rugi.. Amin

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas kunjungan.
    Ya, sama-sama kita berdoa agar terlindung dari termasuk golongan mereka yang rugi.

    BalasPadam