SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Ahad, 18 April 2010

SUSASTERA BULAN INI: WARKAH DARI GAZA

Sepucuk warkah kuterima
dari bumi Gaza
aksaranya ditulis dengan darah syuhada
isinya ringkas;
"Saudara, usah kalian tangisi kami dengan air mata
kerana kami di sini sudah kaya dengan air mata
kalau mampu, dermakan kami darah kalian jenis jihad
kerana kami amat perlu bagi menampung
kekurangan darah syuhada."

Jiwa tersentak
bagaimana hendak kukirimkan
darah ini sudah tercemar
dengan virus waham
aku benar-benar tidak mampu
oh, aku hanya mampu menangis jua!

2 ulasan:

  1. darah jihad membuak.peluang jihad banyak. cuma kita tak peka. konsep jihad terlalu luas untuk di hadam....wallahu'alam.

    *moga keinginan ke sana menjadi nyata sebelum hayat ini tamat!

    BalasPadam
  2. akuinsanlemah, terima kasih atas kunjungan.

    Hikmah pergolakkan yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pattani, dan Mindanao merupakan suatu bentuk tarbiyah Allah kepada pejuang Islam. Wilayah-wilayah itu seolah-olah Allah pilih sebagai tempat 'latihan' untuk mengajar subjek jihad. Bukan sekadar teori, malah terus dibuat amali. Dengan cara ini sajalah semangat jihad tidak akan hilang dan lenyap. Baranya sentiasa ditiup. Kita sumbangkan tenaga kita mengikut kepakaran dan kemampuan kita.

    BalasPadam