MENUNGGU BULAN TERSENYUM
(Ku titipkan puisi ini buat Palestin yang masih menderita)
Bulan sabit tidak tersenyum
di dada langit Ghazzah
pudar cahaya
bersama sarat penderitaan
awan berarak mendung
dengan hujan peluru
banjir darah syuhada
melimpah di laman al-Aqsa.
Tangan-tangan kecil
masih mengepal batu
dalam semangat juang yang tinggi
batu adalah peluru
saksi perjuangan murni.
Harapan terus dititip
lewat doa dari generasi ke generasi
melihat bulan tersenyum
di atas kubah al-Aqsa.
Khamis, 22 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nice.... (^_^)
BalasPadampejuang cilik membuka mataku
BalasPadamapakah jasaku kepada Islam?
sedang anak kecil ini berjuang hanya dgn seketul batu di tgnnya.
sedang anak kecil itu menghadap maut tanpa gentar di dada.
apakah pula jasaku ini?
sedang kudratku lebih dr anak itu,
sedang langkahku jauh lebih besar dr anak itu,
sedang umurku jauh lebih lanjut dr anak itu,
sedang aku lebih matang
tapi seruan intifadha bila mahu ku sahut?
sedarkah aku?
kuatkah aku?
adakah aku insan terpilih?
layakkah aku bergelar syuhada'?
sesungguhnya ketetapan Allah amat cantik.
maka aku berusaha..
juga mencari..
panggilan jihadMu.
aku menanti.
'Allahu akbar, Allahu akbar!'
Terima kasih atas ziarah.
BalasPadam1. nabilah_2908 - Kita cuba selami penedritaan mereka di sana.
2. akuinsanlemah - Jiwa kita terlalu tebal dibaluti sifat cinta dunia takut mati. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk mentarbiyah hati dan jiwa kita agar roh jihad itu mampu menerobosi ke dalam rongga hati/jiwa kita. "Ya Allah, jiwa kami terlalu lemah jika dibandingkan dengan jiwa anak-anak al-Aqsa. Berikanlah kami kekuatan. Amin"