Tamadun Barat yang bangkit selepas kejatuhan Tamadun Islam sebenarnya banyak menceduk keilmuan Islam dalam pembinaan tamadun mereka. Namun, dek kerana kecewa dengan sikap agamawan mereka yang banyak berselisihan dengan konsep ilmu sains yang mereka pelajari membawa kepada protes golongan ilmuan sehingga mengambil sikap memisahkan agama dengan hal-hal keduniaan. Kesannya lahirlah fahaman sekular yang terus berkembang menguasai pemikiran umat manusia di dunia ini sama ada di sebelah barat, timur, utara, atau selatan. Ilmu pula dipenggal-penggalkan menjadilah tiada kesepaduan antara satu ilmu dengan satu ilmua yang lain. Keadaan ini terus merebak ke dalam dunia Islam kesan daripada penjajahan kuasa Barat. Maka lahirlah golongan agamawan yang hanya menguasai ilmu agama untuk akhirat, dan golongan ilmuan/akademik yang hanya menguasai ilmu-ilmu dunia.
Berbanding dengan ilmuan Islam suatu ketika dahulu, gelaran ulama bukan hanya kerana mereka mempunyai serban besar dan mengusung kitab-kitab fiqh semata-mata sebaliknya ilmu al-Quran dan hadis sudah sebati di dalam dada dan akal mereka, manakala tangan-tangan mereka mengusung kitab-kitab perubatan, geografi, pelayaran, pengiraan dan sebagainya. Sebagai contoh ilmuan seperti Ibnu Sina dan al-Khawarizmi sudah pun dipersiapkan dengan asas ilmu al-Quran. Mereka telah hafaz al-Quran sejak umur 7 dan 10 tahun. Kemudian diperlengkapkan dengan ilmu tafsir, fikah dan bahasa. Maka, tidak hairanlah teori atau ilmu yang mereka hasilkan selari dengan kehendak al-Quran dan hadis. Tidak timbul percanggahan kedua-duanya. Wujudnya kesepaduan ilmu.
Namun, hari ini berlaku pertembungan golongan agamawan yang kurang arif dalam sesuatu bidang sains dengan golongan ilmuan/saintis yang tidak arif dalam hukum hakam agama. Ini kerana kesan pendidikan di negara-negara Islam yang terbawa-bawa dengan fahaman sekular yang memenggal-menggalkan bidang ilmu itu. Sistem inilah menjadikan umat Islam semakin meminggirkan al-Quran sebagai kitab induk bagi segala ilmu.
Namun, kita optimis keadaan ini bakal berubah. Kini kesedaran untuk kembali kepada pembelajaran al-Quran semakin rancak dijalankan. Al-Quran bukan sahaja dipelajari untuk mengetahui hukum-hukum tajwid, bukan sekadar untuk mengetahui tentang asbab nuzulnya, bukan sekadar untuk mengorek hukum sah batal, tetapi lebih daripada itu yang merangkumi hal-hal akhirat dan juga dunia sekaligusnya. Perkembangan ini kini kian melanda dalam dunia Islam seluruhnya, walaupun terpaksa bergelut dengan aliran-aliran sekular yang sudah menampakkan akan tanda-tanda kejatuhannya. Cukuplah Tamadun Barat yang banyak membawa kerosakkan kepada sistem kehidupan umat Islam menguasai dunia selama lebih kurang 4 abad lamanya. Kini, kebangkitan ilmuan Islam cukup kita rasainya kini. Kebangkitan yang berlaku secara senyap dan dipelihara oleh Allah, sehingga Barat (musuh-musuh Islam) tidak menyedari proses tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan