SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Ahad, 18 April 2010

Umum: SEGALA-GALANYA PUTIH

Pagi Ahad ini saya nak ajak diri saya dan kalian semua untuk berfikir sejenak. Fikir tentang apa? Mudah sahaja. Kita fikir tentang warna. Nak mengajar pendidikan Seni Visualkah? Tidak. Cuma nak ajak berfikir. Tak lama, sekejap sahaja.

Baik, cuba kita bayangkan tatkala kita bangun tidur selepas puas diulit mimpi indah sepanjang malam, tiba-tiba sebaik sahaja kita membuka kelopak mata kita dapati segala-galanya putih. Kiri kanan depan belakang atas bawah semuanyaDinding rumah putih. Bantal tilam putih. Almari putih. Semuanya putih.

Buka tingkap, tengok di luar lagi terkejut. Semuanya putih. Rumput putih. Pokok dan tanah putih. Awan yang sedia putih, putih. Langit putih, putih segala-galanya . Tak ada warna lain. Cuma satu warna sahaja, PUTIH! Eh, kulitsendiri pun putih melepak. Rambut putih. Mata putih. Anak mata putih. Pendek kata semuanya putih. Rabun warnakah aku? Tidak.Tidak.

Nah, Allah telah cabutkan semua warna dalam kehidupan kita, kecuali putih. Bayangkan. Apabila malam pula, semuanya putih . Tidak gelap hitam.Apabila luka pula,darah putih mengalir. Yang lucunya, kedai cat pun cuma jual cat putih sahaja. Bayangkanlah, apa nak jadi pada kehidupan kita. Kita akan rasa bosan. Tak berseri. Tak ceria. Tak indah. Tak menarik.

Ketika itulah kita sedar bahawa WARNA PUN MERUPAKAN NIKMAT Allah jua kepada kehidupan di alam ini. Namun kita tidak pernah fikirkan itu semua. Ini kerana mata sudah dikelabui oleh warna warni nikmat dunia yang melekakan, dan hati pula sudah dipenuhi titik-titik hitam dosa yang kita lakukan. Nak bagi jernih hati dan pandangan mata, kenalah banyak beristighfar.

3 ulasan:

  1. salam. hu. seram juga memikirkannya.alhamdulillah. masih dibangkitkan Allah dan diberi kesedaran pagi ini dgn karya anda. syurkan 'ala post.

    moga terus menulis, biiznillah.

    BalasPadam
  2. Budak Pipi Tembam dan akuinsanlemah, terima kasih atas kunjungan dalam post ini.

    1. Budak Pipi Tembam - sama-sama. Jangan tunggu lama-lama, nanti 'putih mata', heheheh..

    2. akuinsanlemah - Memang seram kalau ia benar-benar terjadi. Namun seram lagi memikirkan putih kain kafan. Adakah diri ini sudah cukup bersedia?

    BalasPadam