SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Ahad, 2 Mei 2010

SUSASTERA BULAN INI : DERITA AL-AQSA

DERITA AL-AQSA

(kutitipkan puisi ini buat Palestin yang masih sengsara)


al-Aqsa.

Bumi anbia
tanah suci.

Muhammad pernah menziarah
sebelum menuju mikraj
sebongkah batu tertahan.

kiblat pertama umat Islam
sehingga Yahudi menjaja fitnah
Muhammad menunggu wahyu arahan
akhirnya mengadap arah baitullah.

Saladin pernah mengorak langkah gagah
menjunjung panji kebesaran kebenaran Islam
menuju kota suci membuka pintunya
membebaskan belenggu musuh mencengkam perit
suara azan bebas berkumandang sahdu.

kini al-Aqsa kembali menderita penuh sengsara
cengkaman zionis yahudi kian tajam menggigit
lamannya banjir darah para syuhada mengalir
air mata terus mengalir sukar diseka
doa perjuangan bergema di pusara syuhada
mengharap Saladin akan muncul kali kedua.

ayuh ummah! dengarlah ratap dan tangisan al-Aqsa
sekian lama bergema di persada dunia hipokrit
kuasa besar sekadar menabur janji manis mereka
sejuta harapan ditabur bersama peluru dan mortar
kereta kebal zionis terus merempuh maruah al-Aqsa
ayuh ummah! bangkitlah dari alpa dan sengketa
sebelum al-Aqsa hilang dalam lakaran peta dunia!

4 ulasan:

  1. "save palestine"

    why?

    1.palestine dianggap tanah suci umat islam berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
    "wahai kaumku!masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian"(Al-maidah : 21)

    2.palestin adalah tanah yang diberkati Allah.firman Allah swt yang bermaksud :
    "Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah kami berkati disekelilingnye.(Al-isra':1)

    3.Firman-Nya lagi lagi yang bermaksud:
    "dan telah Kami tundukkan untuk sulaiman angin yang sangat kencang tiupannnya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami berkatinya.Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu"(Al-Anbia":80)

    4.Di tanah itu terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat umat islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah.Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud

    "tidak digalakkan mengambil berat dalam mengembaraan kecuali 3 masjid:Masjidil haram,masjid ini(masjid nabawi) dan Masjid Al-Aqsa"(Riwayat Bukhari Muslim,Ibnu Majah dan Abu Daud)

    *btw,i gt this dr pemplet yang diberikan sempena kempen ini oleh persatuan di Mesir.Alhamdulillah,kutipan derma,ceramah dan kempen telah selamat dijalan kan di sini.walaupun,terpaksa disorok kerana ianya masih menjadi isu sensitive untuk penduduk sini.
    semoga Allah selamatkan bumi itu.Aminn ya Rabb

    BalasPadam
  2. Izinkan ana untuk turut berkarya sama ya sahabat:

    Tidak pernah Umar sesekali,
    Meninggalkan Kota al-Munawarah,
    Melainkan satu,
    Menuju ke kota di paksina semenanjung,
    Mengorak langkah,
    Ke kota Isra' dan Mi'raj berlaku dahulu,
    Atas keistimewaan itu,
    Umar bermusafir dari Madinah,
    Menyahut takdir yang sudah tetap,
    Menerima kunci kota sang cahaya,
    Itulah Umar,
    Tidak pernah keluar dari Madinah,
    Melainkan kota di hujung Tanah Arab.

    Sang mujahid bertakbir,
    Atas dua tujuan yang satu,
    Kerana Allah,
    Membebaskan bumi suci anbiya,
    Dari palang yang berlagak suci,
    Di kota cahaya yang sudah kelam,
    Al-ayubi mengerakkan ummah,
    Bersatu atas satu,
    Menuju ke kota suci,
    Tak pernah hilang keringatnya,
    Selagi kota tersebut kelam,
    Walau dirinya sengsara,
    Uzlah perang haq menghilangkan lelah,
    Itulah dia,
    Sang mujahid Salahuddin,
    Kota yang kelam ditukarnya bercahaya semula.

    Tapi hari ini,
    Kota itu telah bertukar kelam semula,
    Kelam dan makin kelam,
    Mana perginya Umar?
    Yang tidak keluar dari Madinah kecuali kota itu,
    Mana perginya Salahuddin?
    Yang berhabis keringat darah dan hatinya melainkan pada kota itu,
    Kota itu memanggil kita,
    Menanti sang wakil Tuhan,
    Untuk membebaskannya,
    Menangis ia sudah berpeti,
    Menanti si penyelamat,
    Maka ia tetap sabar menanti,
    Akan insan yang benar cintakannya,
    Apakah insan tersebut aku?
    Kamu?
    Atau mereka?
    Ayuh kita, adakah kita tak dengar tangisannya?
    Al-Quds tetap menanti,
    Tetap menanti...

    BalasPadam
  3. sekali pun jauh nun di tanah gersang
    aku titipkan doa dan harapan
    untuk mujahid-mujahid Allah di sana

    barangkali hanya itu buat masa ini
    yang mampu aku ambil peluang
    namun derita sengsara mu Palestin
    turut kami rasa...

    BalasPadam
  4. ika, Ibnu Jamaluddin, dan uNcLeJoE, terima kasih atas ziarah kalian pada entri ini.

    1. ika - terima kasih paparan dalil-dalil yang diberi. Pembebasan Palestin adalah tanggungjawab ummah bersama. Gunakan apa jua kekuatan dan kemampuan kita bagi memastikan Palestin/ al-Aqsa kembali bebas daripada cengkaman Zionis Yahudi.

    2. Ibnu Jamaluddin - wah, suatu hasil karya yang menarik. Memetik kata;

    "Ayuh kita,adakah kita tak dengar tangisannya?
    Al-Quds tetap menanti,
    Tetap menanti..."

    ...Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk berjihad dikejauhan ini buat al-Quds yang kini menderita...

    3. uNcLeJoE - Ya, walaupun hanya sekadar doa, namun ia tetap sumbangan kita demi pembebasan al-Aqsa. Bukankah doa itu senjata orang-orang beriman.

    BalasPadam