SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Sabtu, 12 Jun 2010

SEMASA : GOL PERTAMA PIALA DUNIA 2010

(gambar dipetik dari Utusan Malaysia)


GOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!


Begitulah sorakan puluhan ribu penonton dan penyokong pasukan Afrika Selatan yang menggegarkan Stadium Soccer City tatkala menyaksikan pemain bola sepak pasukan tuan rumah Siphiwe Tshabalala menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa menentang pasukan Mexico semalam (11 Jun 2010). Gol pertama Piala Dunia 2010 tersebut dijaringkan pada minit ke-54 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, sebaik selepas majlis pembukaan Piala Dunia dilangsungkan di stadium yang sama.

Namun, kegembiraan pemain dan penyokong pasukan tuan rumah tidak berpanjangan. Pasukan Mexico terus mara dan berjaya merembatkan jaringan tunggal mereka ke gawang Afrika Selatan pada minit ke-79 melalui kaki Rafael Marquez. Kesudahannya, kedua-dua pasukan seri 1 sama.

Kini, demam bola kembali melanda seluruh dunia. Virus demam tersebut terus tersebar mengatasi virus HINI. Kesannya, ramai peminat bola sepak di negara kita kini rajin 'bertahajud' di tengah malam. Malah demam ini juga bertambah kronik tatkala menyerang kaki judi bola. ratusan, malah ribuan ringgit dipertaruhkan untuk pasukan yang dijangka menang dalam setiap perlawanan. Malang bagi golongan ini yang mencemarkan sukan ini dengan perkara maksiat tujuh pembinasa tersebut. Dalam keghairahan semangat kita menyaksikan perlawanan Piala Dunia ini, jangan sampai kita 'menendang' iman kita sehingga terlibat dalam pertaruhan judi dan lalai melaksanakan ibadah solat khususnya solat subuh. Jangan hairan nanti, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia ini kita dapati ramai 'pejuang' ini 'bertahajud' malam namun akhirnya syahizzzzzzzzz..... di tempat kerja atau di pejabat. Apa-apa pun, berpada-padalah dalam kita melayan minat dan semangat kita.


7 ulasan:

  1. Salam...

    Malam tadi saya tak sempat nak tgk acara pembukaan dan hanya berpeluang tgk di babak kedua perlawanan pembukaan...sebelum tu layan Imam Muda dan Akademi al-Quran dulu..:)

    BalasPadam
  2. hrumm...sy tk minat bola... :)

    kepada peminat bola..berpada2 la.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA RASA KU INI RASA MU

    BalasPadam
  3. 1. Abd Razak - Terima kasih atas ziarah. Semalam saya hanya sempat melayan 1 jam celoteh Hasbullah Awang di RTM. Dengar sikit ucapan Presiden Afrika Selatan. Kemudian layan Rush Hour 3 sebab anak-anak nak nengok cerita tu. Hmm...tak dapat nengok Imam Muda sebab tak ada astro..hehehehh..

    2. nabilah_2908 - Terima kasih atas ziarah. Saya sebenarnya pun bukan peminat bola, tetapi ambil tahu juga tentang perkembangan sukan negara dan luar negara.

    BalasPadam
  4. salam a'laik.. minat bola juga tetapi tidaklah fanatik menyokong mana-mana negara.Cuma seronok melihat skill pemain-pemain.Betul tu,hati-hati kerana tanpa kita sedar bola juga merupakan serangan pemikiran untuk umat Islam..wallahu'alam

    BalasPadam
  5. SuhaNa - terima kasih atas ziarah. Dalam apa jua perkara pun kita dianjurkan agar tidak terlalu melampau dan ekstrem.

    BalasPadam
  6. Alasmal, terima kasih atas ziarah.

    BalasPadam