SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Rabu, 2 Jun 2010

UMUM : TRAGEDI MAVI MARMARA.

Ketenangan Laut Mediterranean tidak selamanya dinikmati oleh 600 aktivis pro-Palestin yang berada di kapal Mavi Marmara. Ketibaan mereka di perairan Gaza dengan sarat muatan bantuan kemanusiaan untuk Gaza tidak direstui oleh Kerajaan haram Israel. Tanpa diduga, beberapa komando regim Zionis Israel laknatullah telah turun dari helikopter menyerbu dan menyerang penghuni kapal tersebut. Dalam situasi gawat tersebut, beberapa das tembakan telah dilepaskan. Akibatnya seramai 19 orang aktivis terbunuh manakala 30 orang lagi cedera oleh tusukan peluru keangkuhan Zionis Yahudi tersebut. Selebihnya pula di'tawan' dan di bawa ke Israel. Turut ditawan 12 orang rakyat Malaysia yang turut mengikuti misi flotila Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Semasa entri ini ditulis, berita tentang pembebasan semua tawanan termasuklah 12 orang rakyat Malaysia tersebut telah disiarkan di dalam siaran berita. Syukurlah, kesemua 12 rakyat Malaysia tersebut dalam keadaan selamat, berkat doa dan solat hajat yang telah dilakukan oleh mereka yang simpati.

Flotila Gaza merupakan satu misi bantuan kemanusiaan oleh beberapa NGO dari beberapa buah negara bagi bertujuan meningkatkan kesedaran antarabangsa tentang kesengsaraan yang dialami oleh 1.5 juta penduduk Gaza yang dihimpit dan dikepung oleh rejim Zionis Israel laknatullah sejak tiga tahun lalu selepas wilayah Palestin tersebut dikuasai oleh pergerakan Hamas. Penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza kian sukar apabila Mesir menutup pintu sempadannya di Rafah. Alternatif lain ialah menggunakan jalan laut. Malangnya usaha ini telah mendapat halangan dan tentangan dari pihak rejim Israel. Namun, pihak sukarelawan pro-Palestin ini tetap juga mencuba nasib untuk misi tersebut.

Mavi Marmara serupakan salah sebuah kapal daripada sembilan buah kapal yang menyertai konvoi (flotila) kemanusiaan tersebut. Namun, Miva Marmara terlebih dahulu sampai di perairan antarabangsa Gaza. Malangnya, kehadiran Miva Marmara tidak disambut dengan percikan bunga api, sebaliknya disambut dengan percikan senjata api.

Seluruh dunia telah mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan tersebut. Persoalannya, apakah kutukan demi kutukan yang dilemparkan oleh dunia itu mampu mengubah sikap rejim Zionis agar menjadi lebih baik atau penyantun pada masa akan datang? walhal sepanjang wujudnya negara haram Israel tersebut sudah bertan-tan kutukan dieksport ke negara (layakkah ia digelar negara) Zionis tersebut namun sikap dan perlakuan mereka tidak berubah, malah semakin biadap.

Konklusinya, tragedi Miva Marmara menambahkan lagi senarai panjang tentang catatan kebiadapan, keangkuhan, dan kezaliman rejim Zionis dalam lipatan sejarah Tamadun Manusia sebelum menjelang kiamat!



"YA ALLAH, SELAMATKANLAH PALESTIN KAMI. SELAMATKANLAH AL-AQSA KAMI!"

10 ulasan:

  1. Ya Allah...Ya Rahman..Ya Rahim...
    selamatkan saudaraku di Palestin...
    musnahkan Israel jahanam...
    Amin...amin...amin...

    BalasPadam
  2. Projek Keli Kanvas, terima kasih atas ziarah entri ini.

    Amin...amin...amin..ya Allah.

    BalasPadam
  3. Pacifist - terima kasih atas ziarah anda. Sokong pandangan anda. Tidak mustahil pihak orientalis dan musuh Islam cuba memadamkan peranan Jihad Fisabilillah dengan memperbesar-besarkan kempen jihad hawa nafsu, ekonomi dan sebagainya yang lebih utama dalam menangani masalah Palestin. Lihat bagaimana dulu Presiden Amerika menegah Yaser Arafat agar tidak mengisytiharkan dulu perjuangan rakyat palestin sebagai seruan Jihad Fisabilillah, sebaliknya diganti dengan istilah intifada (kebangkitan) yang lebih mirip kepada nasionalisme. Berbeza dengan Hamas yang lebih kepada seruan jihad sehingga Israel gagal dalam percubaan serangan hebat mereka dalam menakluki Gazzah tahun 2007. Jihad ekonomi, ilmu dan sebagainya itu memang penting namun jangan sampai menidakkan Jihad al-Qital. Jangan sampai kita memandang negatif kepada Jihad al-Qital. Jangan mudah pula menabur fitnah ke atas mereka yang terkorban dalam jihad al-Qital sebagai teroris! wallahualam.

    BalasPadam
  4. terasa seruan jihad berdegar-degar..
    betul kata-kata akhi. kita semakin hilang konsep jihad yg sbnr.. mungkin kerana jiwa kita dikaburi rasa takut dan persoalan 'mampukaah?' kita lupa yg Allah telah mengatakan bahawa Islam ini agama yg hak.Islam itu akan berjaya akhirnya! Agama kita perlu dipertahankan dalam apa sj cara. bila melihat keruncingan yg berlaku, adalah ptg untk melancarkan serangan lebih besar. mungkin sebab ukhwah kita belum kuat+kita terlalu bergantung pd mereka dlm setiap aspek (senjata, makann, bhn tekno..ect) kita KECUT..kita takut..sedangkan sahabat2 kita disana berjuang hanya dengan batu-batu kecil ditangan. Allahu Akbar. Bertapa kita tak pernah bersyukur!!

    BalasPadam
  5. 1. akuinsanlemah - terima kasih atas ziarah. Benar, masalah kita sekarang ialah semangat ukhwah dalam kalangan kita (umat Islam)itu belum benar-benar kuat. Hanya dek kerana masalah kecil dan remeh kita mudah berbalah antara satu sama lain.

    2. Safaju - terima kasih atas ziarah.

    BalasPadam
  6. mungkin ada juga di kalangan 'mereka' yang tidak layak untuk berukhuwwah...hmmm

    BalasPadam
  7. uNcLeJoE - terima kasih atas ziarah. Hmm...harap-harap 'mereka' sedar dan mahu berukhwah.

    BalasPadam
  8. selamatkan lah Palestin dari kekejaman Yahudi Ya Allah...

    kita pakat2 tolong mana yang termampu..sebuah doa mungkin, semoga Allah perkenankan.

    BalasPadam
  9. kuyam - terima kasih atas ziarah. Benar, kalau boleh saban waktu kita titipkan doa buat kemenangan rakyat Palestin dan pembebasan al-Aqsa.

    BalasPadam