SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Selasa, 25 Mei 2010

UMUM : GULA OH GULA

GULA DAH HABIS STOK!
GULA TAK ADA.
GULA TERHAD : SEORANG 1 KILOGRAM SAHAJA.


Itulah frasa-frasa yang banyak terdapat di kedai-kedai runcit mahupun di pasar raya-pasar raya yang kita jumpa dan baca. Fenomena ini berlaku sejak beberapa minggu ini. Keadaan yang sama juga yang pernah berlaku pada awal tahun ini tadi. Semuanya gara-gara kerana bekalan gula tidak mencukupi di pasaran sekarang. Banyak negeri di Malaysia mengalami masalah kekurangan bekalan gula, termasuklah negeri saya, Sarawak Darul Kenyalang. Keadaan ini merimaskan ramai rakan-rakan Iban yang hendak menyambut perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini. Ini kerana, gula sangat diperlukan untuk membuat kuih muih untuk perayaan itu nanti. Takkan nak hidang biskut kering dan roti bantal kepada tetamu nanti.



Kesannya, pengguna naik marah. Marah mereka kepada peniaga kerana gula tidak ada. Malah, kalau ada pun harganya sangat mahal. Di sesetengah tempat dikatakan dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram! Ini menambahkan lagi perasaan marah pengguna kepada peniaga.
Sebagai rakyat pula, mula marahkan pihak pemerintah kerana masih tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula di pasaran. Malah ada ketikanya marah kerana sebab harga gula khabarnya nak dinaikkan (berikutan ura-ura hendak menghapuskan subsidi gula). Maka dalam hal gula ini saja ada dua isu yang berjalan serentak, masalah kekurangan bekalan gula dan masalah ura-ura nak dihapuskan subsidi gula.



Satu hal lagi, ada pula sesetengah peniaga yang menyorok gula untuk tujuan menjualkannya dengan harga yang tinggi nanti sekiranya kerajaan tiba-tiba mengumumkan penghapusan subsidi gula. Malah ada yang tergamak pula mengeksport ( baca menyeludup) gula ke luar negara. Makin marahlah rakyat kerana wujudnya 'pengkhianat' ekonomi begini.
Begitulah penangan gula sejak akhir-akhir ini. Kemanisan wajah pengguna sudah hilang serinya. Senyuman pun sudah hilang dek kerana marah. Sabar. Kita percaya masalah ini hanyalah bersifat sementara waktu. Banyak kali sudah keadaan ini berlaku. Namun akhirnya keadaan panik sebegini kembali tenang semula. Buat macam biasa, tenang seolah-olah tiada sangat masalah ketiadaan gula ini.
Apa yang penting, kekalkan hubungan manis dalam kalangan kita. Maniskan wajah dengan senyuman. Bukankah nabi telah mengatakan bahawa senyuman itu merupakan sedekah. Maka, jangan 'disorok' gula pada senyuman kita dan jangan pula kita 'jual mahal' senyuman kita kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Malah, sebagai suami jangan lokek untuk menghadiahkan senyum kepada isteri, begitu juga sebaliknya agar terpelihara kerukunan dan kemesraan dalam rumah tangga.
Hmm...garu kepala apabila melihat senyum isteri pada hujung bulan. Ada makna tu...hehehh.

7 ulasan:

  1. hehehe..senyum si isteri pada hujung bulan..dh tntu la nk minta elaun dr mesin taip.. :)

    alhamdulillah...kat melaka tkde pula masalh gula ni.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KELEDEK MANIS

    BalasPadam
  2. hurm..turut tersenyum melihat penyata akaun di bank..alhamdulillah..masih dikurniakan kemmpuan berbelanja..masih ada kesempatan membelanjakan rezeki kejalan Allah..masih mampu tersenyum melihat jumlah yg dibelanjakan..hnya kerana syukur kepada Dia, yang Maha Memberi.

    p/s: selalu cuba untuk positif kerana rezeki itu ada bahagiannya tersendiri..bahagian merasa senang, bahagian utk dibelanjakan utk org lain..bhgian utk anak2..isteri..n masy..
    ~~

    BalasPadam
  3. nabilah_2908 dan akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah entri ini.

    1. nabilah_2908 - syukurlah kalau di Melaka tidak ada masalah kekurangan gula. Walau apa pun, kena jimat juga pengambilan gula demi kesihatan diri.

    2. akuinsanlemah - setuju dengan pandangan awak. Setiap rezeki yang ada pada kita bukan 100 % kita punya. Ada sebahagiannya kita hanya sebagai pemegang amanah sahaja untuk rezeki tersebut. Ada yang lebih berhak atas rezeki tersebut.

    BalasPadam
  4. Salam,
    lawatan sy ke sini.
    Kampung sy di Kelantan mengalami kekurangan kerana perbuatan mereka yang mementingkan diri

    BalasPadam
  5. taib wahid, terima kasih atas kunjungan entri ini.
    Dengarnya ada gula yang menyeberangi sungai Golok. Begitulah nafsu manusia yang sangat tamak dan haloba sanggup mengkhianati negara sendiri sehingga rakyat mengalami kesusahan.

    BalasPadam
  6. bagi saya, gula sntiasa cukup cuma sandiwara sang kapitalis yg memonopoli sahaja yang mjadikannya kelihatan seperti xcukup.

    p/s ketika org lain kurang gula, sy tlebih gula dlm badan. :(

    BalasPadam
  7. Piewahid, terima kasih atas ziarah.
    Entahlah, dalam media Pak Menteri kata gula di seluruh negara cukup. Tapi, masa ni nak cari gula di tempat saya ni umpama nak beli jarum di kedai jual eksoseri kereta, memang tak adanya.

    p/s - Hmmm, kena jaga kesihatan tu syeikh...

    BalasPadam