SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Rabu, 31 Mac 2010

APRIL FOOL: TAK USAHLAH BUAT KERJA BODOH TU...





1 April sinonim dengan budaya April Fool. Masa zaman sekolah dulu, pernah juga terkena kerja bodoh oleh kawan-kawan di asrama pada tarikh tersebut. Hentikanlah budaya tersebut yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Katanya untuk bergurau. Betulkah untuk bergurau? Bagi saya, itu semua menggambarkan sikap seseorang yang hendak merendah-rendahkan tahap pemikiran dan tindakan seseorang terhadap perlakuan yang dilakukannya. Mungkin ada orang yang boleh menerimanya sebagai gurauan, namun ada yang tidak. Yang tidak inilah akan membawa kepada tercetusnya perbalahan, hubungan menjadi dingin dan sebagainya.

Islam berusaha menggalakkan umatnya menjalinkan hubungan silaturahim. Namun, apa gunanya gurau tersebut jika ia boleh membawa kepada perpecahan hubungan. Jadi, baik tak usah dilakukan kerja-kerja bodoh tersebut. Ia bukan budaya kita. Bukan budaya seorang bergelar muslim.

Malah, dikatakan sejarah April Fool ini bermula untuk memperbodoh-bodohkan umat Islam oleh pemerintah Kristian Sepanyol suatu ketika dahulu. Pada tahun 1492 M, kerajaan Kristian gabungan pemerintahan Raja Ferdinand(Aragon) dan Ratu isabella (Castile) telah berjaya mengalahkan pertahanan terakhir kerajaan Islam di Granada (Kerajaan Bani Al-Akhmar). Akibatnya, ramai umat Islam diusir dan di bunuh. Ada yang dipaksa untuk memeluk agama Kristian.

Suatu hari, Ratu Isabella telah mengeluarkan satu arahan agar umat Islam di Granada kembali ke tanah seberang (Afrika) iaitu tanah asal umat Islam ketika itu. Mereka disuruh berkumpul di pesisir pantai, kerana akan ada kapal-kapal yang akan membawa mereka ke seberang. Percaya dengan arahan tersebut, maka beribu-ribu penduduk Islam Granada pergi ke pantai yang dikatakan. Malangnya, sekian lama menunggu, kapal yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Sebaliknya, peluang itu telah digunakan oleh pemerintah Isabella membantai habis-habisan penduduk Islam itu di pantai tersebut. Dan tarikh kejadian itu jatuh pada 1 April 1492! Nah, apakah kita juga turut merayakan ulang tahun 1 April itu dengan melakukan kerja-kerja bodoh juga? Tepuk dada, tanya iman kita.

Firman Allah (maksud):
"Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:"Kami telah beriman", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:"Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)" Allah (membalas) memperolok-olok mereka, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)."
(al-Baqarah: 13-15)

6 ulasan:

  1. hmm..sweet setuju..xyah la nak wat bende2 mengarut nieyh..huhhh...

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas ziarah.
    Sudah banyak 'budaya barat' yang kita ikut dan kita tiru. Namun, ambillah yang baik-baik sahaja, namun yang tak bermanfaat dan sesuatu yang bertentangan dengan budaya timur serta syariat Islam eloklah ditinggalkan.

    BalasPadam
  3. ohh...time kaseh dgn mklumat ini...memang x smbut pon april foo....bnyk lgi kot keje len nk wat...hehhe

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas kunjungan post ini.
    Memanglah, budaya ini tidak perlu jadi bahan ikutan kita. Namun, malangnya memang ada sesetengah orang kita yang melakukan kerja bodoh macam ini. Itulah yang hendak kita sedarkan.

    BalasPadam
  5. Projek Keli Kanvas, terima kasih atas kunjungan. Insya Allah selagi ada kudrat dan sokongan padu daripada rakan-rakan blogger sekalian, saya akan terus menulis.

    BalasPadam