SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 2 April 2010

SUSASTERA BULAN INI: PISAU CAUVINIS

Sebilah pisau cauvinis
diasah dengan batu prejudis
memercik api amarah
melebur rasional akal
membakar hangus fakta kebenaran.

Jangan kau mengacah-acah
pisau tajam mata prasangka
dengan emosi menggila
di jalan perpaduan
kelak menikam diri
lukanya amat ngeri
mampukah kita nanti
membebatnya lagi?


Buat pertama kalinya saya berpeluang menerima Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak melalui sajak 'Pisau Cauvanis' ini. Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan dalam Majlis Tinta Kenyalang 2009 bertempat di Hotel Grand Magherita, Kuching pada 25 November 2009 yang lalu.Terima kasih kepada pihak DBP Cawangan Sarawak di atas pemilihan sajak ini.
Saya paparkan sajak ini di sini untuk berkongsi rasa dengan para peminat puisi yang mengunjungi blog saya ini.


ketak ketik ketuk: Para pengunjung blog ini juga dialu-alukan untuk menitip puisi anda dalam ruangan komen untuk dikongsi rasa bersama.

5 ulasan:

  1. congratulations. takder puisi yang nak dititipkan. huhu. tak reti. :p btw, konvo alhamdulillah. tak sempat lagi nak update. sibuk seminggu. tak sempat nak b'blog. hehe.

    BalasPadam
  2. wah...tahniah...keep it up.. ;)

    sy tak pandai tuk berpuisi ni..hanya mampu membaca n menghayainya saja.. (^_^)

    BalasPadam
  3. Alam Gila,
    Bumi Marah,
    Manusia Mudah Lupa,
    Air Bah Menimpa..
    Sudah Cukupkah amal ibadah kita..

    wew.. puisi hentam jew nie.. Tp blog mempunyai isi yang banyak.. keep it up my friend.. :)

    BalasPadam
  4. **menghayatinya saja - sorry spelling error.. ;)

    BalasPadam
  5. BudakPipiTembam,nabilah,dan blogermanz, terima kasih atas kunjungan kalian.

    1. BudakPipiTembam - tak ada puisi nak dititipkan pun tak apalah. Ziarah anda itu lebih penting dalam menjalinkan ukhwah.

    2. nabilah - tidak mengapa. Kesudian awak membaca dan menghayati puisi juga merupakan sokongan kepada 'dunia puisi'.

    3. blongermanz - satu percubaan yang baik. Masih boleh diperbaiki. Yang penting, tema awak sudah ada. Banyakkan bermain kata dalam usaha menggubah puisi. Insya Allah, awak mampu melakukannya.

    ketak ketik ketuk: Puisi merupakan wadah untuk seseorang meluahkan rasa secara seni.

    BalasPadam