SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Selasa, 4 Mei 2010

BUDAYA MEMBACA : BERBELANJA UNTUK PANDAI

Memetik kata-kata Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang disiarkan dalam majalah Anis keluaran Mei 2010. Kata beliau;


"Kita sebenarnya sedang bergelumang dengan ilmu. Terpulanglah kepada kita apakah mahu menjimatkan RM 20 - RM 30 untuk menjadi BODOH, atau membelanjakan RM 20 - RM 30 untuk menjadi PANDAI dengan membeli BUKU,"


Saya sengaja tidak mahu memanjangkan entri ini. Cukuplah kata-kata di atas membawa makna yang besar dalam diri kita.


ketak ketik ketuk : Ayuh, kita bangkitkan budaya membaca dalam kalangan ummah Islam!

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. betul dan insyaAllah...alhamdulillah UJ dah dapat peruntukkan gaji bulanan dengan sedikit bahan bacaan seisi keluarga walaupun sedikit harap bermanfaat...memang ada sesetengah pendapat mengatakan, kita pun boleh membaca menerusi media yang bersifat maya ini namun,jika ada depan mata secara realitinya, itu lagi menambah penguasaan dan penghayatan yang lebih bukan? owhh mesintaip juga pembaca ANIS..itu juga antara majalah langganan UJ khasnya untuk isteri...menarik bulan ni pasal jubah nursing tu kan hehehe teringin untuk dijadikan hadiah sempena kelahiran baby pertama sebulan yang lalu...

    dalam hati sentiasa juga tertanya mana pergi majalah al-muslimah yang dulu-dulu bukan yang sekarang ini. banyak nostalgia dan nilai sentimental kerana menerusin majalah perempuan itulah UJ belajar mencari ciri-ciri isteri solehah yang pada...

    p/s maaf mesintaip banyak lak mengomel yng tak berkaitan di sini..truskan berblog untuk berdakwah...allahuakbar...

    BalasPadam
  3. UJ, terima kasih atas ziarah entri ini.

    1. Saya memang pembeli ANIS yang tegar sejak mula ia diterbitkan dulu. Keluaran perdananya (1997) masih ada dalam simpanan. Saya tak langgan ANIS, saya lebih suka beli di kedai sebab mudah diperoleh di sini. Malah saya turut memprosmosi majalah ini buat kawan-kawan dan adakalanya saya beli untuk diwakafkan untuk simpanan perpustakaan sekolah. Tak rugi untuk berbuat demikian.

    2. Ya, mana pergi majalah al-Muslimah sekarang ini. Tak tahu pula saya al-Muslimah berwajah baru. Sebab dah sekian lama majalah tu pupus di bumi Kenyalang ni. Satu lagi, majalah Tamadun pun dah diberhentikan terbitannya.

    BalasPadam
  4. pasal majalah al-muslimah, masih ada sekarang tapi bukan sama yang saya maksudkan di atas. lain penerbitnya...

    http://majalahmuslimah.blogspot.com/

    saya kurang berminat dengan yang ini, tapi mungkin banyak juga yang baik terkandung di dalamnya.. buat masa ini, majalah ANIS lah pada saya yang paling sesuai untuk perempuan dan juga bebentuk family..

    a'a ye la jugak...kalau tidak silap saya kedua-kedua majalah tamadun dan al-muslimah dulu tu...dah ditarik balik permit pengeluarannya...

    so. buat alternatif sekarang ni ialah anis dan solusi

    BalasPadam
  5. UJ, terima kasih sekali lagi kerana menziarah entri ini.
    Yap, saya turut meminati solusi dan juga majalah 'i' . Al-Islam kekadang juga saya beli,bergantung pada isu. Cuma al-Islam tak sama macam al-Islam dulu (era awal 90-an). Dan satu lagi majalah yang sudah tidak kelihatan kelibatnya di Sarawak ni, iaitu Dewan Agama dan Falsafah. Masih adakah?

    BalasPadam
  6. salam bro..

    peringatan untuk semua manusia yang kian lupa dengan buku..

    kmk dlm proses berbelanja utk buku & majalah..esp bkaitan ngan agama dan ilmu..

    wpun penah disindir oleh 'kawan' sebab harganya yg tlalu mahal esp majalah 'solusi', biar berbaloi rezeki yg kita perolehi dgn mbeli sesuatu yg tak mrugikan minda kita..ilmu, selagi kita masih bernyawa, selagi ya la akan ditambah.. ~ :)

    BalasPadam
  7. cik_mazni, terima kasih atas ziarah dan berghambeh dalam entri tok.
    Kalau kita berfikir dengan mendalam, mengapa kita tidak berkira sangat untuk berbelanja membeli makanan bagi memenuhi tuntutan perut kita (walhal, adakalanya sesuatu jenis makanan itu tidak diperlukan sangat pada perkiraan kita pada masa itu), berbanding apabila kita hendak membeli 'makanan'(buku) bagi memenuhi tuntutan akal kita. Akal perlu sentiasa diberi makan juga dengan bahan bersifat ilmu.
    Teruskan dengan istiqamah awak membeli bahan seumpama itu walaupun harganya mahal.

    BalasPadam