SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 21 Mei 2010

UMUM: KERANA BOLA

Catatan awal : Sangat kecewa apabila tindakan kerajaan mempertimbangkan meluluskan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 bagi mengelakkan berleluasanya kegiatan judi haram tanpa lesen. Isu ini kian hangat diperkatakan oleh mereka yang amat menjaga Islam dalam dirinya. Saya turut terpanggil untuk menyatakan bantahan terhadap tindakkan tersebut. Bukan kerana terikut-ikut oleh sebab adanya sebuah parti yang membantah tindakkan kerajaan itu, tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang tidak mahu melihat unsur-unsur maksiat itu terang-terangan di 'halal'kan. Kita tidak mahu ia menjadi satu trend suatu hari kelak bahawa kemaksiatan boleh di'halal'kan secara berleluasa apabila ia dilesenkan.


*************

Hukum JUDI adalah jelas di dalam Islam iaitu HARAM. Lesenkah tak berlesenkan ia tetap HARAM. Hukumnya sudah terang dan jelas. Tak perlu nak disuluh-suluh lagi. Jangan nak tunjukkan kejahilan diri dengan mengatakan al-Quran tak menyatakan pengharaman judi. Semak firman Allah ini;

"Mereka menanyakan kepadumu (Muhammad) tentang khamar dan JUDI. Katakanlah, "Pada kedua-duanya terdapat DOSA BESAR dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi DOSANYA LEBIH BESAR daripada manfaatnya," ..." (Al-Baqarah : 219)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras (khamar), BERJUDI, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. Dengan minuman keras dan BERJUDI itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalang-halangi kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat, maka tidaklah kamu mahu berhenti?" (Al-Maidah : 90-91)


****************

TIDUR BOLA, MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TENGOK BOLA......JUDI BOLA!

Arghhhh! kenapa sampai ke situ tahap pemikiran dan tindakan Pak Menteri?


***************


Tatkala titah itu terpancul dari mulut Pak Menteri
katanya;
"Kita beri lesen judi untuk pesta Piala Dunia 2010!"
lalu semuanya diam membisu - menikus(?)
suara-suara yang galak menyalak dalam perhimpuan agung dulu diam kelu membisu
suara-suara yang galak menjerit mengarak kepala lembu membisu
suara-suara yang galak mempertahankan institusi raja sebagai ketua Agama Islam membisu
suara-suara yang menjaja isu arak di Hulu Selangor membisu
suara-suara tok mufti di mana?
oh, suara-suara itu pun sudah membisu
kita cari suara tok mufti yang menentang pertandingan ratu cantik pula,
oh, suara itu sudah tiada lagi - kita rindu suaranya...
suara-suara yang dulunya lantang bersuara sudah hilang suarakah?
cari dan terus mencari suara-suara yang bersuara
mari, di sana ada mulut yang ghairah mencium keris
ah, pun mulutnya sudah tidak bersuara
adakah lidahnya sudah terluka atau kerisnya sudah tumpul?
mari, di sana pula ada suara PERKASA
ah, suara itu pun sudah layu membisu.


Ayuh, suara-suara hati orang beriman
tanpa mengira apa jua fahaman politik
suara-suara tok mufti
suara-suara pengucup keris
suara-suara dari bulan
suara-suara yang menyeru keAdilan
suara-suara sesiapa saja yang bergelar muslim
tidak kira dimana jua kalian berada
bersuaralah demi membantah titah Pak Menteri itu
apakah sukar untuk kita hendak bersuara?
tidak perlu keluarkan modal jutaan ringgit untuk kita bersuara
kerana Allah sudah memberi percuma suara kita
bersuaralah,
sukar sangatkah hendak menyebut tiga patah kata ini;
"KAMI BANTAH JUDI!"



****************



"Tidak ada agama yang memuji perbuatan berjudi itu suatu yang baik, betul," tanya saya kepada seorang rakan Kristian semasa kami berbual tentang isu lesen judi bola ini.
"Betul," dia mengiyakan kata-kata saya.
"Nah, apa perlunya diberi lesen untuk berjudi. Dalam agama saya, bukan soal lesen atau tidak berlesen persoalannya, tetapi yang menjadi persoalan besarnya ialah sifat judi itu sendiri yang diharamkankan," saya menjelaskan kepadanya.
"Mungkin kerajaan nak dapatkan keuntungan daripada cukai pendapatan daripada kegiatan judi berlesen tersebut," kata kawan saya itu lagi.
"Tapi perlu ingat, keuntungan daripada cukai itu tidak berbaloi untuk dibelanjakan bagi menangani masalah sosial yang berbangkit ekoran daripada sikap ketagih judi itu dalam kalangan masyarakat kita nanti. Silap-silap belanja mengurus masalah sosial itu nanti lebih besar daripada itu. Adakah itu keuntungan yang dikatakan?" saya menyoalnya semula. Rakan Kristian saya itu mengangguk-angguk, faham.

5 ulasan:

  1. salam..
    sangat setuju dgn entri ni..
    =)

    BalasPadam
  2. salam. JUDI ITU HARAM!
    alangkan suara kecil ini, tinta hiba ini, dipandangkah oleh mereka?
    namun, ia..inilah usaha membangkit semangat jihad..
    entah mengapa..si fakir merasakan wujudnya entiti mustafa kamal at-tartuk laknatullah pada waktu dilafazkan penghalalan JUDI.
    sangat berharap bahawa suara-suara besar bersuara. KITA! suara rakyat merentasi batasan politik, goegrafi, bangsa dasn agama.
    Islam mengharamkan JUDI.
    Agama lain juga mengiktiraf JUDI sebagai kegiatan yang memudaratkan. Cukup untuk kita katakan bahawa fakta dunia menyokong pengharamannya namun, kerna nafsu juga negara dan IMAN terkorban! bangkit! walaupun laungan suara kecil, tinta hati hiba ini jauh dari bacaan Pak Menteri..sekurang-kurangnya ada kesaksian menanti kita dihadapan Allah nanti utk membela diri dari tanggungjawab sebagai rakyat dan khalifah Islam di bumi..berjuang atas nama KEBENARAN! atas tiket HAMBA ALLAH YANG HINA! ALLAHU GHAYATUNA!

    BalasPadam
  3. SOKONG 100% SOKONG... JANGAN PULA KERAJAAN YANG MENDAKWA SEBAGAI KERAJAAN ISLAM PULA TERPALIT DENGAN RUNGUTAN RAKYAT BUKAN ISLAM YANG JUGA TURUT MEMBANTAH TINDAKAN KERAJAAN ITU... TIDAK MUSTAHIL MEREKA LEBIH TAHU KEBURUKAN JUDI ITU...

    BalasPadam
  4. kedangkalan pemimpin terserlah

    BalasPadam
  5. mengenaldiri, akuinsanlemah, uNcLeJoE, dan Zara al Zahra, terima kasih atas ziarah entri ini.

    1. mengenaldiri - entri sebegini atau yang senada dengannya perlu diperbanyakkan dalam blog-blog sebagai tanda protes kita.

    2. akuinsanlemah - suara-suara kecil sebegini jika ia dikumpulkan maka ia mampu menjadi suara yang boleh meruntuhkan gunung. Menjadi suara pendesak. Kerana itu pentingnya kita bersatu dan bergerak dalam satu jemaah bagi menentang sebarang kemaksiatan. Jika yang melakukan kemungkaran boleh bergerak dalam jemaah mereka kenapa kita yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh? Teruskan perjuangan membenteras kemungkaran dengan apa jua upaya kita yang ada. Yang penting kita sudah melaksanakan tugas kita seperti mana yang diperintahkan oleh Allah melalui lisan rasulNya.

    3. uNcLeJoE - Peranan rakyat perlu menegur dan membetulkan jika berlaku kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin. seperti makmum yang diminta menegur jika ada kekhilafan dilakukan oleh imam dalam solat.

    4. ZaRa al ZahRa - begitulah nampaknya. Kita mendoakan agar mereka sedar atas kesilapan tindakan dan keputusan mereka.

    BalasPadam