SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 9 Julai 2010

KHUTBAH MAYA : PIALA DUNIA, JANGAN KITA HILANG FOKUS.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sidang blogerwan yang dirahmati Allah,

Terlebih dahulu saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada sidang bloggerwan yang dirahmati Allah agar marilah kita bersama-sama bertaqwalaj kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, iaitu melaksanakan segala perintah dan suruhanNya, serta menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan, kehidupan kita akan sentiasa dirahmati, dilindungi serta diberi pertolongan olehNya dalam usaha kita meraih kebahagiaan hidup di dunia ini dan di akhirat nanti.
Bloggerwan yang dirahmati Allah,

Ketika khutbah ini ditulis, pesta Piala Dunia hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba acara kemuncaknya iaitu perlawanan akhir pada Ahad ini (Malaysia) yang menyaksikan perlawanan antara pasukan Belanda menentang pasukan Spanyol. Maka ketika ini, segala tumpuan dan fokus jutaan umat manusia di bumi ini akan tertumpu ke Afrika Selatan. Bagi yang tidak berpeluang ke sana, cukuplah sekadar menonton perlawanan tersebut melalui kaca televisyen sama ada di rumah mahu pun pada skrin-skrin besar yang dipasang di kebanyakan tempat di restauran-restauran di seluruh negara.


Dalam keghairahan kita memperkatakan tentang Piala Dunia itu, tanpa kita sedari musuh-musuh Islam sedang memasang perangkapnya agar umat Islam terus leka dan leka dari memikirkan masalah ummah yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Kita sudah sedia tahu dan maklumi bahawa, musuh-musuh Islam telah menggunakan apa jua cara bagi memesongkan pemikiran umat Islam agar terus leka dan lagha. Para orientalis dan Yahudi telah menggunakan sukan bola sepak ini (football) sebagai antara lain senjata mereka dalam strategi 'F' yang mereka gunakan bagi mengalih perhatian umat Islam daripada perjuangan sebenar menegakkan Islam di muka bumi ini. Oleh itu, bagi yang sangat meminati sukan bola sepak ini, khususnya Piala Dunia yang berlangsung sekarang, hendaklah berhati-hati dengan perangkap ini. Tidak salah untuk meminati sukan ini, namun dalam pada masa yang sama janganlah kita hilang fokus tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang muslim.
Sidang bloggerwan yang dikasihi,

Dalam keghairahan kita dengan tumpuan fokus kepada perlawanan, kita sanggup bangun di tengah malam/ dini hari semata-mata untuk menonton perlawanan akhir itu nanti. Namun, janganlah kita kehilangan fokus untuk bertahajjud malam. Ambillah sedikit masa untuk kita memfokuskan pemikiran kita kepada Allah. Tahajjud merupaka antara senjata kekuatan umat Islam.


Begitu juga, dalam kesibukkan kita membaca jadual perlawanan, jangan pula kita kehilangan fokus untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca ayat-ayatNya yang terkandung di dalam al-Quran. Jangan pula kita sibuk membasahkan 'zikir' kita dengan bola bola bola, sehingga mengabaikan zikrullah kita.




Sepanjang Piaa Dunia ini, kita sibuk memperkatakan nama-nama negara yang bertanding dalam perlawanan tersebut. Belanda, England, Jerman, Spanyol, Ghana, Korea, Argentina, Brazil dan sebagainya. Begitu juga nama-nama para pemain mereka yang kita hafal. Namun, kita janganlah hilang fokus tentang isu-isu yang melanda negara-negara Islam (negara Ummah). Hampir-hampir kita telah lupa daripada membicarakan isu Palestin...tentang nasib masjid Al-Aqsa yang kini terancam oleh tangan-tangan Zionis Yahudi.




Nasib yang melanda rakyat Iraq yang saban hari bertarung dengan pasukan Amerika Syarikat...




Dan juga Afghanistan yang masih lagi bergelut menentang kuasa penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat juga...



Sidang bloggerwan yang dikasihi,

Begitu juga, dalam keseronokan kita melaungkan sorakan 'Goooooooolllllll!' tatkala melihat pasukan kegemaran kita berjaya menjaringkan gol, hampir-hampir kita kehilangan fokus kita untuk mengingati dua tiang gol di bawah...kerana sampai masanya kita jua akan 'gol' juga.




Semoga peringatan ringkas ini bermanfaat untuk diri saya dan para bloggerwan sekalian. Wallahualam.




4 ulasan:

  1. Salam sahabat..

    Moga sihat hendaknya..

    Syukran atas peringatan dan nasihat yang sangat berguna yang sdra muatkan kali ini. Ingat mengingati sesama Islam adalah perkara yang sangat Rasulullah s.a.w. suka dan dituntuti sebilangan masa.

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana mengingatkan diri yg sentiasa alpa. itu tandanya saling menyayangi...
    (terharu)

    BalasPadam
  3. salam,

    perkongsian yang bermanfaat dan moga kita mendapat hikmah dan mengambil iktibarnya terima kasih..

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas ziarah sahabat semua. Begitulah sifat seorang muslim, saling ingat-mengingati.

    BalasPadam