SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 5 Julai 2010

BERKONGSI RASA: SANGGUP BERBOGEL!


(sekadar gambar hiasan)
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi maha Penyayang
Terkedu tatkala membaca komen dan jawapan seorang pelakon tanah air yang bergelar muslim tentang kesanggupannya berbogel dalam satu penggambaran filem. Wawancara tersebut disiarkan di dalam sisipan Pancaindera(Mingguan Malaysia) semalam. Berikut diperturunkan sedikit daripada wawancara tersebut untuk direnungi bersama;
Perlu ke sampai berbogel?
Pada mulanya, saya diberi seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Barangkali ramai faham apabila mandi, banyak orang lebih selesa berbogel. Akhirnya, saya meminta kebenaran daripada pengarah...mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya itu.
Bagaimana keadaan ketika penggambaran adegan itu?
Penggambaran dilakukan dari sudut tepi dan 'benda tu' (alat sulit) saya tak nampak. Saya juga mendapatkan panduan daripada seorang juru mekap bagaimana untuk 'menyelitkan' 'benda tu' ke bawah agar tidak kelihatan bagi menggambarkan watak Ruby yang telah membuang alat sulit. Selesai adegan itu, pengarah memuji lakonan saya dan menyifatkannya salah satu adegan yang paling berjaya dalam filem itu.
Maksudnya awak berbogel di hadapan ramai krew?
Sudah tentu di hadapan saya ada pengarah. Jurukamera, jurcahaya, jurumekap dan penolak rel pun ada juga. Ada dalam 10 krew ketika itu.
Ish!Tak malu ke, boleh bogel macam tu?
Memang malu. Lagipun bercanggah dengan norma masyarakat, saya pun orang Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula. Namun ia berbalik kepada niat dalam hati untuk menyampaikan mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikut jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kepada kaum sejenis. jangan buat macam Ruby, itu mesej saya.
Begitulah bunyinya jawapan pelakon tersebut. Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. Adakah ini kerana kejahilannya? Masyarakat kita perlu menegur dan menasihat sesetengah pelakon kita yang sanggup bertindak di luar batasan agama semata-mata hendak mengejar populariti dan nama. Perlu difahami bersama bahawa walau apa pun niat kita (baik, suci, mulia) namun jika dengan cara dan pendekatan yang salah yang bertentangan dengan syariat, ia tetap tidak boleh diterima sebagai kebajikan. Di mata manusia mungkin nampak ya, tapi pada sisi Allah ia bukanlah suatu tindakan yang terpuji.

6 ulasan:

  1. Salam sdra..

    Moga sihat hendaknya..

    Saya nak beri komen lebi-lebih pun perlu ingat batasan agama...apa yang terhasrat di hati moga dia kembali ke jalan Allah, bertaubat dan menjadi hamba yang taat hingga ke ahir hayat.

    BalasPadam
  2. salam,

    niat tak boleh menghalalkan cara moga artis tu insaf jua..

    BalasPadam
  3. salam
    entahlah..
    betul kata PM tu..niat tak leh menghalalkan matlamat...

    BalasPadam
  4. salam. hm....inilah salahnya bila nak buat baik..
    ini namanya buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali!!!

    BalasPadam
  5. smoga salah seorang 40 'ulama' yg baru2 ni menyerahkan borang keahlian memasuki umno dapat menegur & smoga tuan empunya badan kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas ziarah kalian.

    1. Abd. Razak - Alhamdulillah, saya sihat. Ya, kita pun mengharapkan agar dia sedar dan insaf akan kesilapan tindakan dan bicaranya. Kerana kita risau takut-takut 'trend' pemikiran seperti itu menjadi ikutan para peminat dan penonton.

    2. penjejak maya -Benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan diikut dan terpengaruh dengan teori dan pemikiran Macheville.

    3. cheqna - Memanglah setiap perbuatan bermula dengan niat, namun jangan sampai menghalalkan caranya yang jelas bertentangan dengan syariat.

    4. piewahid - Hmm...memang menunggu juga teguran dan nasihat 40 ulama tu nanti. Kalau boleh mereka ulas dengan hadis pertama dalam kitab Hadis 40 imam Nawawi berkaitan dengan niat.

    BalasPadam