SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 28 Jun 2010

BERKONGSI RASA : HAFAL 30 SURAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"Ayah, esok Ina nak baca surah ni lagi (Surah At-Tin)" kata anak keempat saya sebaik selesai mengaji muqaddam. Sebenarnya dia sudah boleh membaca surah tersebut. Cuma saya memperbaiki sedikit bacaannya tentang tajwidnya.
"Kenapa? Bukankah Ina sudah boleh pindah ke surah yang baru?" tanya saya pula.
"Sebab Ina suka baca surah ini," katanya lagi.
"Suka?"
"Ya suka. Ina suka sebut 'tsum maradad na hu asfalasafiliin',"katanya memberi penjelasan mengapa dia suka membaca surah tersebut.
"Hmm...tak apalah. nanti Ina baca lagi surah ni," saya memberi jaminan agar tidak mahu membantut minat dan keseronokkannya belajar mengaji. Bagi saya yang penting dia mahu belajar, kenapa harus kita sekat.

************



(gambar dipetik dari Harian Metro)
Hari ini tertarik membaca berita yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro (28 Jun 2010) berkenaan seorang kanak-kanak cilik, adik Darwisha Adriana Rozali yang baru berusia tiga tahun lapan bulan sudah mampu menghafaz 30 surah dalam al-Quran.

7 ulasan:

  1. wah..bagusnya...kecil2 lagi dh boleh hafz 30 surah...sebelum umur dia cecah 10 tahun..mungkin dah boleh hafz 30 juzuk al-quran..kagum... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLUEBERRY CHEESE TART

    BalasPadam
  2. salam. alhamdulillah. oh, ana merasakan sesuatu yg asing di hati..moga ini menjadi peransang utk terus menghafal~

    BalasPadam
  3. 1. nabilah_2908 - terima kasih atas ziarah. Begitulah harapan kita kepada generasi muda hari ini, menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan harian dan diamalkan segala isi kandungannya. Hmmm...kita pun kena ambil iktibar juga sebagai dorongan kepada kita untuk mendalami ilmu al-Quran.

    2. akuinsanlemah - terima kasih juga atas ziarah. Benar, semangat untuk mempelajari al-Quran itu kena ada dalam setiap diri kita

    BalasPadam
  4. Salam...

    Rasanya saya tertinggal di sini...maaf

    Hanya berharap al-quran itu terus melekat di hati apabila semakin dewasa. Ramai kalangan hafiz masa kini sudah tidak lagi hafaz al-quran.

    BalasPadam
  5. Abd. Razak - terima kasih atas ziarah. Inilah yang kita risaukan tatkala al-quran kian terhakis dan lenyap di dada-dada para hafiz dan umat Islam.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah...walaupun dah liat, jomlah kita cuba hafal setakat yang mampu, mudah-mudahan diberkati...

    BalasPadam
  7. cikgupj, terima kasih atas ziarah. Mudah-mudahan kita yang sudah tua ini pun diberi kekuatan lagi untuk menghafal surah-surah dalam al-Quran.

    BalasPadam