"Ada tanda halal tak?" tanya anak sulung saya yang baru berumur 11 tahun apabila saya mencapai satu bungkusan biskut ketika membeli belah di sebuah pasar raya.
"Hmm...ada, ni." saya tunjukkan tanda halal JAKIM yang tertera pada bungkusan biskut tersebut.
"Ayah, ni buatan Israel tak?" dia bertanya lagi sambil menunjukkan satu bungkusan biskut kepada saya.
"Bukan, itu buatan Malaysia," jawab saya ringkas sambil tersenyum. Dia tersenyum dan terus memasukkannya dalam bakul. (Bapa juga kena bayar nanti).
Begitulah tahap kepekaan anak sulung saya tu dalam bab nak beli makanan ringan di kedai-kedai runcit atau di pasar raya. Sejak saya menerangkan tentang kempen boikot barang-barang keluaran syarikat yang ada bersengkongkol dengan Yahudi Israel. Dia cepat faham. Malah anak-anak yang lain pun faham. Tak meronta-ronta nak meminta pergi ke kedai KFC yang hanya kurang 300 meter dari tepi rumah saya.
Bagi saya, peranan ibu bapa (selain guru) amat penting dalam mendidik tentang kepekaan anak-anak terhadap halal- haram sesuatu makanan yang dijual di pasaran. Mereka cepat belajar melalui contoh yang ibu bapa mereka lakukan. Benarlah, pendidikan atau tarbiyah ini bukan sahaja perlu dicakapkan (teori), tetapi perlu disertakan dengan praktikal (amali) untuk lebih cepat faham.

hehehe...sweet jer kan.. :)
BalasPadambiskut?
BalasPadammeronta?
familiar..ha~
erm, tarbiyyah bermula saat si ibu bapa muda belia..mentarbiyyah diri demi anak-anak..berterusan hingga lahir dan besarnya anak-anak dari ibu dan bapa tersebut..
ibarat teori tabularasa (falsafah pendidikan)..wallahu'alam
Miss D dan akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah entri ini.
BalasPadam1. Miss D - Khabarnya dah tak lama lagi nak....Bila agaknya?heheheh...Persiapkan diri dengan ilmu yang mantap untuk bakal mendidik zuriat keturunan yang soleh dan solehah...
2. akuinsanlemah - Benar. Proses pendidikan sepanjang hayat dan ia bersambungan dari generasi ke generasi yang akan datang.