SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Rabu, 5 Mei 2010

SEKADAR HIBURAN: SEPULUH BUDAK HITAM

Sepuluh Budak Hitam memang kita sudah tahu mereka ni nakal-nakal. Bahkan ada tindakan mereka yang melampau-lampau. Namun, adakah itu memang kehendak mereka. Jauh di lubuk hati mereka memang ada sekelumit sifat-sifat mahmudah yang dimiliki. Fitrah manusia memang inginkan sesuatu kebaikan dalam dirinya. Namun kekadang kelemahan diri (iman) menjadikan mereka sukar mengawal tuntutan nafsu yang condong kepada kejahatan. Namun tidak mengapa, kali ini kita lihat sisi putih Geng Sepuluh Budak Hitam ni. Kita cuba nak bimbing mereka..

Sepuluh Budak Hitam, ramai-ramai pergi berkhatan,
seorang terus kahwin (takut maksiat zina) tinggal lagi sembilan.

Sembilan Budak Hitam pergi mengaji al-Quran,
seorang sudah khatam, tinggal lagi lapan.

Lapan Budak Hitam, pergi sembahyang Subuh,
seorang batal (terkentut), tinggal lagi tujuh.

Tujuh Budak Hitam, mahu puasa sunat Enam,
seorang kena gastrik, tinggal lagi enam.

Enam Budak Hitam, mahu cari pahala,
seorang jaga ibu bapa, tinggal lagi lima.

Lima Budak Hitam, pergi sembahyang Jumaat,
seorang uzur syarie, tinggal lagi empat.

Empat Budak Hitam, mahu hindar riba,
seorang pergi berniaga, tinggal lagi tiga.

Tiga Budak Hitam, pergi Saudi Arabia,
seorang pergi haji, tinggal lagi dua.

Dua Budak Hitam, pergi tuntut ilmu,
seorang masuk universiti, tinggal lagi satu.

Satu Budak Hitam, mahu bela agama,
dia mati syahid, terus masuk syurga.

9 ulasan:

  1. akhirnya budak hitam yg terakhir yang masuk syurga dulu.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NOTA CINTA PART 6

    BalasPadam
  2. salam..
    sekadar hiburan??
    tetapi tetap ada tersurat dan tersiratnya.. =)
    bagu nye, berdakwah itu byk caranya kn? selagi x bertentangan dgn al-quran n as-sunnah..

    Smoga Allah Taala memberkati usaha anda =)

    BalasPadam
  3. terima kasih buat nabilah_2908, muSafir dan sukiman atas ziarah entri ini.

    1. nabilah_2908 - Syurga adalah impian kita semua. Mohon kepada Allah untuk diberi kekuatan beramal ibadah kepadaNya.

    2. muSafir - betul, kita perlu kreatif dalam menyampaikan dakwah. Lihat apa yang telah dilakukan oleh salah seorang Wali Songo di tanah Jawa dulu, beliau menggunakan hiburan kebudayaan (wayang kulit) untuk menyampaikan dakwah islam.

    3. sukiman - harap dapat menyelami makna yang tersirat.

    BalasPadam
  4. wow baru 1st time jumpa..satu evolusi yang bijak kan...hehhehe

    suka yang tak leh puasa sebab gastrik...puasa sunat hehehhe

    BalasPadam
  5. salam. erm, kreatif dan inovatif.
    ana copy ya artikelnya utk sebaran~

    BalasPadam
  6. uNcLeJoE dan akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah entri ini.

    1. uNcLeJoE - harap penggubah lirik asalnya tak marah, heheheh...

    2. akuinsanlemah - demi kebaikan bersama, silakan...

    BalasPadam
  7. zulaikhabukanpenggoda, terima kasih atas ziarah entri ini.
    Comel? Hehehehhh...

    BalasPadam