SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 3 Mei 2010

FIKIR SEJENAK : BUKAN MATI DI JALAN ALLAH

"Allah, apasal ni?" detik hati saya apabila mendapati aliran trafik tiba-tiba semakin perlahan di depan semasa pulang dari kerja petang tadi. Kenderaan berjejeran di depan bagaikan merangkak sahaja.

"Takkan ada road block masa ini?" Saya menyoal diri sendiri. Hari kian gelap. Jam menunjukkan pukul 7 malam. Maknanya Maghrib sudah 20 minit berlalu. Saya kian resah. Sempatkah untuk solat Maghrib nanti di rumah. Jarak tempat saya terperangkap dengan rumah tinggal lagi 10 km.

"Laa...ada kemalangan rupanya." Saya sudah mendapat jawapan kepada persoalan saya tadi. Saya dapat melihat sebuah kereta Iswara merah remuk pada bahagian belakangnya akibat disondol oleh bas. Perasaan simpati terhadap pemilik Iswara cepat sangat meresap dalam hati saya. Sudah takdirnya begitu pada petang tersebut. Melihat kejadian tersebut cukup menginsafkan diri betapa perlunya berhati-hati ketika memandu.

Baru hari ini juga, Utusan Melayu (jawi) memaparkan fokusnya yang bertajuk "Pusara Di Jalan Raya". Dalam salah satu artikelnya, negara kita, Malaysia nan tercinta ini menduduki tempat ke-9 daripada 15 buah negara dunia yang mempunyai rekod kemalangan maut jalan raya. Purata kematian akibat kemalangan jalan raya di negara kita dianggarkan kira-kira 20 hingga 30 orang setiap hari. Bayangkan!

Kejadian yang berlaku sebentar tadi diadun dengan apa yang telah dibaca telah melengkapkan 'kuliah maghrib' saya petang tadi. Sepanjang perjalanan itu, saya dapat merumuskan bahawa betapa nyawa rakyat negara ini banyak yang terkorban di jalan raya, bukannya di jalan Allah (Fisabilillah). Lebih malang lagi jika yang terkorban itu akibat daripada sikap sengaja menempah maut dengan terlibat dalam aksi lumba haram dan merempit. Mati katak!

Alhamdulillah, aku sempat sujud menyempurnakan solat Maghrib di rumah. Tapi kuliahnya sudah di awal tadi.

12 ulasan:

  1. bila usia makin btambah, tiap kali melihat kemalangan maut, slalu terfikir "bagaimanakah caraku ke sana nanti?"

    BalasPadam
  2. piewahid, terima kasih atas ziarah entri ni.
    Wah, penuh filosofi persoalan awak ni...

    BalasPadam
  3. salam. hurm, fakir melihat 'keberkatan' dlm membina jln raya pun sebagai faktor penyebab selain moral pemandu yg cukup hangat dipertikai.

    kadang2 fakir melihat persepsi jihad masy kita semakin jumud.

    mereka hanya memandang jihad hanya dengan pergi menjadi sukarelawn di negra2 Islam yg ditindas. Sedarkah mereka, jln jihad terbentang luas di hadapan mata!

    jihad bagi menegakkan khilafah Islamiyyah di bumi nusantara ini. bumi bertuah ini menanti waktu di'Islam'kan semula~~

    hanya fikir seorang fakir

    BalasPadam
  4. akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah entri ini.
    Tidak dinafikan keberkatan dan unsur-unsur yang membawa kepada keberkatan itu sangat penting sebenarnya, namun itu unsur itu jugalah yang sering dilupakan tanpa disedari. Bukan sahaja dalam pembinaan jalan raya, dalam semua perkara dan tindakkan kita, sering kali unsur keberkatan ini tidak diambil berat. Insya Allah, kita saling ingat-mengingati dalam perkara ini.
    Hmm,..saya pernah terbaca sebuah hadis nabi yang antara lain maksudnya bahawa Islam itu akan bangkit sekali lagi dari arah timur. Timur itu terlalu umum dan luas. Cuma hati ini kuat mengatakan bahawa timur itu adalah rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Ini kerana, kesultanan Melayu yang ada dan masih kekal di negara kita ini kesemuanya ada bersalasilah dengan Rasulullah. Baca buku Ahlul Bait (Keluarga) Rasululah s.a.w. dan Raja-Raja Melayu.

    BalasPadam
  5. hrumm...betul tu...cuba baca surat kabar...sana sini orang malaysia mati akibat kemalangan..

    semuanya berpunca dr sikap pemandu itu sndiri yg mementingkan diri...kt sini...mcm2 hal berlaku..sometimes hampir kering darah sy di buatnya..tau lah masing sibuk..mengejar masa..tp perlu juga fikirkn org lain..kan..? huhu.. :)

    BalasPadam
  6. nabilah_2908, terima kasih atas ziarah entri ini.
    Ya, pelbagai jenis dan tahap pemikiran manusia yang menggunakan jalan raya. Kita tahu akan akibat jika memandu laju atau bersikap samba lewah terhadap undang-undang jalan raya, namun adakalanya pengguna-pengguna jalan raya ini (termasuk diri ini) alpa akan peringatan tersebut. Adakalanya kita sudah berhati-hati, namun orang lain pula tidak sehingga kita turut menjadi mangsanya. Begitulah ragam dan karenah manusia dalam memanfaatkan nikmat yang diberi...ada yang bersyukur dan ada yang 'tersungkur' di jalan raya....

    BalasPadam
  7. salam

    pertama sebelum ke inti entry, UJ tertanya mesintaip di malaysia timur ke?

    syabas mesintaip masih membaca suratkhabar tulisan jawi..yang mungkin susah untuk kita dptkan walaupun isinye kekadang menjengkelkan tapi tidak salah demi bahasa kita...

    betul juga banyak juga kemalangan berlaku kerana kelalaian dan kecuaian pemandu...sikap yang kurang berakhlak mulia ketika memandu mungkin juga tempias sikap hidup kita sehari-hari apatah lagi sikap kita terhadap tuhan kita sendiri...namun bukan bermkana kita menolak takdir qada' dan qadar Allah kan?

    teruskan memberi kuliah di sini juga...UJ gemar turut serta..walaupun terlambat...insyaAllah

    BalasPadam
  8. UJ, terima kasih atas ziarah entri ini.

    1. Ya, saya di Malaysia Timur, Sarawak. Anak jati Sarawak.

    2. Betul. Tulisan Jawi merupakan khazanah bangsa Melayu yang perlu diselamatkan. (?)
    Hmm...puas juga memikirkan, ada pihak yang kata diri mereka kuat KEMELAYUANnya, tapi soal bahasa dan tulisan jawi agak sepi mereka perjuangkan. Hampir-hampir mereka membunuh Bahasa Melayu. Manakala tulisan Jawi sudah nazak kini. Tinggal untuk ditalkinkan...Malang sungguh. (rasa sedih pun ada)
    3. Terfikir juga, kekadang kita ni bukan sahaja laju di jalan raya, solat pun kita nak buat cepat dan ringkas. Apa sebenarnya yang kita nak kejarkan sangat?
    4. Insya Allah selagi ada kudrat yang Allah berikan, saya akan menulis walaupun agak 'merangkak'. Sokongan daripada para sahabat turut diperlukan dalam memberi buah fikiran dan idea serta teguran yang membina.

    BalasPadam
  9. salam...sudilah ambil award di blog saya ya..syukran

    BalasPadam
  10. SuhaNa, terima kasih atas ziarah entri ini.
    Err...dapat award? Terima kasih. Hmm, macam mana nak ambik, tak faham lagi nak buat. Boleh tolong tunjukkan tak (maklumlah saya ni buah cempedak di luar pagar) hehehehh...

    BalasPadam
  11. salam. erm, sila lah ambil awrd juga di belog ana.
    caranya:(cari post ttg award)
    1) copy url gambar award tersebut
    2) pergi ke dashboard, cari button insert image from web.
    4) Pastekan url tersebut
    5) jawab soalan yang disertakan bersama award tersebut.
    6) selamatlah di post apabila siap..heheh~
    (maaflah, ana ni baru bljr nk jd cikgu, tak pandai nak menerangkan sangat~)

    BalasPadam
  12. akuinsanlemah, terima kasih atas ziarah entri ini sekali lagi.
    Terima kasih atas tunjuk ajar. Insya Allah akan diusahakan jika ada kesempatan.

    BalasPadam