SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 19 April 2010

SELAMATKAN IMAN : PENCEMARAN MATA

Dunia benar-benar sudah dipenuhi dengan pelbagai pencemaran. Pencemaran air, udara, tanah dan pencemaran bunyi. Pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sibuk dengan kempen-kempen untuk menyelamatkan bumi daripada musnah akibat pencemaran. Pemimpin-pemimpin dunia pula saban tahun bersidang di serata ceruk negara bagi membincangkan perkara yang sama. Warga dunia berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk mengadakan kempen dan persidangan bagi mengatasi pencemaran bumi.

Namun, kita telalu sibuk dalam hal-hal mengatasi pencemaran seumpama itu. Namun kita lupa tentang satu lagi pencemaran yang bisa membinasakan iman kita. Ya, pencemaran mata oleh aksi pendedahan aurat yang dilakukan tanpa segan silu di merata-rata ceruk dunia (dunia nyata. dunia maya, dunia media massa dan sebagainya lagi) sama ada oleh lelaki mahupun wanita. Perkara ini benar-benar menggugah keimanan kita.

Sedarkah kita, bahawa pencemaran ini juga boleh mengundang kemusnahan bumi dengan bala dan musibah yang diturunkan oleh Allah jika maksiat ini semakin berleluasa tanpa disekat dan dibendung. Ya Allah, selamatkanlah kami dari bencana pencemaran ini.

Firman Allah (maksud):

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya..." (an-Nur:30-31)

6 ulasan:

  1. terima kasih sudi berpuisi di sana :)

    BalasPadam
  2. salam,
    kenapa kempen anti dadah promosi besar2an, anti dedah pulak senyap sunyi?
    maksudnya dadah tak boleh,
    dedah ok?

    BalasPadam
  3. Mak Su, anum farida dan piewahid, terima kasih atas ziarah.

    1. Mak Su - Hmm...hari tu gian nak berpuisi. Kira nak lepas gian juga tu...heheh.

    2. anum farida - Ya, peringatan untuk kita semua.

    3. piewahid - Ya tak ya juga. Kenapa ada kempen anti dadah, tapi tak ada kempen anti dedah? Apa-apa pun, ajakan untuk menutup aurat sentiasa kita buat (amal makruf nahi mungkar).

    BalasPadam
  4. salam,
    jihad hawa nafsu yang tidak akan padam selagi hayat dikandung badan.semua cabang jihad amat penting bg setiap muslim.andai diremehkan salah satunya maka pincanglah ia

    BalasPadam
  5. Pacifist, terima kasih atas ziarah.
    Betul. Saban waktu dan saat kita diminta untuk berjihad menentang hawa nafsu yang jahat. Tiada waktu rehat.

    BalasPadam