SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Sabtu, 10 April 2010

Umum: DOA BUATMU

Saya tahu di luar sana ramai kalangan 'bloggerwan' yang berstatus pelajar. Saya tahu juga sekarang ini kalian tengah rancak menekuni nota-nota kuliah. Menghadami kata-kata pensyarah, guru dan mahaguru (manalah tahu kalau-kalau ada bloggerwan yang sedang bertapa di gua-gua dengan membawa laptop masing-masing). Menghafal formula, teori dan rumusan. Memerah otak dan fikiran bagi menaakuli setiap ilmu yang telah dipelajari. Ya, sekarang kalian bimbang, risau dan resah. Desah nafas kerisauan kalian cukup terasa. Kalian bakal berdepan dengan ujian dan peperiksaan semester. Saya cukup memahami situasi kalian kerana saya dulu pun pernah mengalaminya.
Entri ini hanya ringkas sahaja. Buat para bloggerwan yang bergelar pelajar, saya titipkan doa ini lewat sesawang maya ini untuk kalian baca dan hafal. Mudah-mudahan kalian beroleh kejayaan yang diberkati. Doanya ringkas sahaja. Mudah untuk dihafal.


"رب زدنى علما"

Rabbi zidnii 'ilmaa
"Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku."
(Taha:114)

Okey, semoga kalian sukses selalu.


7 ulasan:

  1. slm..tima ksh atas entri doa nie, walaupon bukan pelajar tp sy yg mengajar (perlu tambah ilmu dr semasa ke semasa) masih bole gunakannnya juga... :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas ziarah awak berdua.

    1. anum farida - mendoakan setiap muslim yang lain amat digalakkan. Kalau dapat, kita membudayakan amalan ini dalam kehidupan seharian kita.Budaya inilah yang kian terhakis dalam kalangan umat Islam.

    2. anak ain - ya, doa ini umum ke atas semua tidak kira apa kedudukannya. Ilmu perlu ditambah dalam setiap detik kehidupan kita.

    ketak ketik ketuk: seronok berdoa...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Ape kbr tuan rumah..
    bagus doa ni..
    boleh tambah "warzuqni fahma"
    "dan jadikanlah (berikanlah) kami kefahaman.."

    =)

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan Mengenaldiri.

    ya, terima kasih atas tambahan doa tersebut. Kita memang mengharapkan agar bukan hanya pengetahuan sahaja yang ingin kita peroleh, tetapi turut disertai dengan kefahaman.

    Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang rajin berdoa.

    BalasPadam
  5. amin ya rabb...
    semoga kita mndapt najah fi dunia wa akhirat..
    turut mendoakn mereka yg sedang menjalani imtihan..

    BalasPadam
  6. Buat Ika, terima kasih kerana menziarah.
    Ya, marilah kita saling doa-mendoakan kebaikkan sesama kita.

    BalasPadam