SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Isnin, 5 April 2010

Umum: 2012 DUNIA KIAMAT?

Sudahkah anda menonton filem ini?




Filem kesan sentuhan pengarah Roland Emmerich ini diadaptasikan daripada ramalan kitab lama puak Maya yang meramalkan bahawa tarikh dunia ini berakhir pada tahun 2012. Dengan erti kata lain kiamat berlaku pada tahun tersebut!Benarkah filem ini menggambarkan suasana kiamat yang akan berlaku pada tahun 2012? Atau benarkah ramalan kitab kaum Maya itu bahawa kiamat akan berlaku 2012?

Setelah menontonnya, saya tidak melihat pun suasana kiamat yang cuba digambarkan. Malah, dunia belum kiamat lagi, sebab masih ada lautan dan daratan. Cuma bahagian daratan telah banyak yang tenggelam oleh lautan. Sekali imbas, teringat kita kepada peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh suatu ketika dahulu hingga menenggelamkan golongan manusia yang ingkar dengan seruan Nabi Nuh a.s.

Firman Allah (maksud);

"Mereka terus mendustakannya, lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang besertanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata-hatinya daripada melihat kebenaran.)"
(al-'Araf :64)

Sebagai muslim, menetapkan tarikh tepat berlakunya kiamat adalah suatu yang bersalahan dengan al-quran dan sunnah. Penonton muslim harus sedar bahawa sejak Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad, para nabi tidak pun diberi suatu tarikh yang tepat bilakah berlakunya kiamat. Cuma para nabi dikhabarkan dengan tanda-tanda yang membawa kepada dekatnya kiamat. Sedangkan tarikh sebenar kiamat adalah urusan Allah.


Firman Allah(maksud);

"Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat,"Bilakah terjadinya?" Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Rabb ku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui,"
(al-'Araf: 187)

Jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah sesat yang mengatakan kiamat akan berlaku 2012.

Saya menonton filem ini pun bukan kerana yakin kiamat berlaku pada 2012, tetapi sekadar ingin tahu apa unsur-unsur dalam filem ini hingga menjadi satu polemik dalam kalangan agamawan dengan golongan budayawan dan kesenian, khususnya orang-orang filem di seluruh dunia yang mengkritik penayangan filem ini. Setelah menonton, saya dapati ceritanya macam kelaziman filem-filem Holywood yang suka sangat memaparkan adegan kemusnahan besar-besaran. Seronok mereka memusnahkan bumi ini di skrin-skrin wayang, sama seperti keseronokkan mereka memusnahkan bumi ini di dunia nyata, (Tamadun Barat telah berjaya mencetuskan dua peperangan besar dunia iaitu Perang Dunia Pertama dan Kedua).

Mempercayai berlakunya kiamat merupakan kewajipan yang terkandung dalam rukun iman, namun mempercayai tarikh sebenar hari kiamat merupakan suatu kewajipan yang perlu kita tolak sekeras-kerasnya!

Nak tahu hampir atau tidaknya hari kiamat ni pada zaman kita ini, elok saya syorkan membaca buku di bawah.



Saya petikkan sedikit ungkapan kata yang tertulis dalam bahagian kata pengantar buku ini;

"...Tidak sempurna keimanan seorang mukmin yang mempercayai hari kiamat, hingga dia pun mengimani tanda-tanda kiamat tersebut. mengimani tanda-tanda kiamat termasuk bagian dari mengimani hari kiamat. Sebaliknya, mengingkari sebagian tanda-tanda kiamat bererti mengurangi kesempurnaan keimanan seseorang terhadap hari kiamat..."

Selamat membaca buku tersebut.


ketak ketik ketuk: Dulu masa kanak-kanak, ada orang kata kalau nak dengar ngauman api neraka, kena tutup kedua-dua lubang telinga dengan menekan anak telinga. Nanti kita boleh dengar dengungan api neraka. Saya buat, memang rasa gerun mendengarnya. Tapi, ah, mengarutlah petua tu...Jangan percaya!

3 ulasan:

  1. hmmm..
    sweet pon pnah tgok cite tuh..
    kdang2 cm xlogik je cite tu..
    pape pon..kite tawakal je la..

    BalasPadam
  2. salam...anum tgk cite nie ari first die kuar...btol ape yg anda tulis nie...memang kite x leh nk gtau bile sbnr yer hari kiamat...juz tawakal jela dan ganda kan amal ibadat...ape yg terbyg time tgk cite nie,kisah nabi nuh dan bahtera...yg bek jadikan tauladan,yg buruk jdikan sempadan...:)

    BalasPadam
  3. SwEetForEst dan anum farida, terima kasih atas kunjungan kalian.

    1. SwEetForEst - Hmm..dalam 'kesekularan' pihak Barat ni, ada masanya mereka begitu peka dan sensitif dengan soal-soal yang berkaitan dengan pokok agama.Hakikatnya, manusia tidak boleh lari daripada fitrah beragamanya.

    2. anum farida - ya, betul kata awak. Apa yang lebih penting ialah kita fikirkan tentang amalan kita untuk dibawa ke akhirat nanti, bukannya soal tarikh-tarikh berlakunya kiamat. Yang pasti kiamat itu WAJIB berlaku.

    BalasPadam