SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Rabu, 21 April 2010

UMUM: MENGANGKASAKAN UMMAH

Memetik kata angkasawan negara, Dr. Syeikh Muszaphar dalam majalah Milenia (April);
"Saya berasa amat dukacita kerana daripada jumlah 514 angkasawan ke angkasa lepas, kenapakah hanya ada sembilan angkasawan Islam iaitu sejak Yuri Gagarin menjejakkan kaki ke bulan pada 1961?"Soalnya.

Benar, mengapa dunia Islam tidak mampu melahirkan ramai lagi angkasawan dan juga saintis dalam aeroangkasa ini? Walhal 14 abad yang lalu Alah telah memberi cabaran kepada seluruh umat manusia dan jin untuk meneroka alam angkasa raya.

Firman Alah (maksud):
"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah)."-(ar-Rahman:33).

Kemampuan tersebut hendaklah DENGAN KEKUATAN (bisultaan). Kekuatan di sini merangkumi banyak unsur. Unsur kemampuan dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari segi ilmu kita masih bergantung kepada kepakaran saintis non-muslim. Walhal, saintis Islam sudah pun mempelopori bidang ini sejak ratusan tahun yang lalu. Dari segi ekonomi sebenarnya negara umat Islam tidak ada masalah. Kekayaan hasil bumi dan sumber galian banyak terdapat di tanah-tanah mlik uma Islam sedunia. Dari segi politik, suara umat Islam masih lemah. OIC tidak mampu mengaum di persada dunia. Wilayah-wilayah Islam masih lagi bertelagah sesama sendiri. Tiga unsur ini antara faktor penting dalam usaha kita umat Islam menerokai angkasa raya ini. Nampaknya, 2 daripada 3 faktor ini masih belum mampu kita umat Islam kuasai. Penerokaan ini sebenarnya amat penting kerana di luar bumi kita ini terlalu banyak rahsia-rahsia kekuasaan Allah yang perlu kita kaji dan selidiki bagi memantapkan lagi keimanan kita di samping ia memberi manfaat lain untuk kita mentadbir alam ini, sesuai dengan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Nampaknya, Barat terlebih dahulu menyahut cabaran Allah ini, dan mereka telah pun membuktikan kejayaan tersebut. Kita, umat Islam hanya menumpang rasa kesyukuran dengan pengislaman angkasawan Amerika Syarikat Neil Amstrong sekembalinya beliau menjejakkan kakinya di bulan pada tahun 1969. Sekurang-kurangnya, bolehlah kita anggap beliaulah angkasawan Islam pertama(Akibatnya ada usaha pihak yang menafikan pendaratan manusia ke bulan itu, lantaran Neil Amstrong telah memeluk Islam. Apakah motif tindakan mereka itu?).

Kini, sudah sampai masanya juga untuk umat Islam mengorak langkah untuk menguasai bidang ini. Pugarkan ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran yang membincangkan bidang ini. Sudah sampai masanya juga kita menyampaikan dakwah Islam itu di angkasa sana! (tanpa mengabaikan dakwah di muka bumi).


ketak ketik ketuk : tegurlah andai ada terkhilaf bicara dan penyampaian.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum..

    ada award utk tuan rumah.. =)

    BalasPadam
  2. mengenaldiri, terima kasih atas ziarah dan pemberian.

    BalasPadam
  3. singgah membaca artikal ilmiah. terasa diri ni makin jauh menghanyut... terima kasih atas kesedaran.

    BalasPadam
  4. nasikputeh, terima kasih menziarah. Siap bawa nasik lagi tu, hmmm..
    Antara kita saling ingat-mengingati.

    BalasPadam