SEKADAR PESANAN

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MENGUNDI? JIKA BELUM, DAFTARLAH SEKARANG!

Jumaat, 16 April 2010

SIRI PENGURUSAN MASA 2 : SIBUK YANG BERMANFAAT

Catatan awal:Hmm... maaflah rakan 'bloggerwan' semua, kerana lambat nak 'update' entri-entri dalam blog ni. Minggu ini agak sibuk sikit. Sibuk nak uruskan hal-hal dunia ni (hehehe..). Yalah, tengah memantau pasukan yang nak dibawa 'berjihad' nanti. (esok mereka akan 'berjihad' di auditorium P.Ramlee, RTM Kuching), dalam masa yang sama juga, kawan minta tolong buat teks syarahan agama, sebab dia pun nak hantar budak dia 'berjihad' juga Selasa minggu depan.

********
Ya, sebut pasal sibuk-sibuk ni, saya cuma nak sambung saja slot pengurusan masa ni. Sekurang-kurangnya ada juga sentuhan 'update' blog ni. Tidaklah tetamu yang datang berziarah jemu dihidang dengan menu yang sama tak berubah-ubah. Betul tak?

Sibuk? selalu sahaja ungkapan itu membelit kehidupan kita. Macam-macam perkara yang membuat kita sibuk. Macam-macam agenda yang dipadatkan dalam pengisian masa seharian kita. Kerana itu ada pelbagai ragam dan gaya kita apabila mengurus masa seharian kita. Ada orang (aku) nampak kelam-kabut. Ada orang (aku) nampak serabai masanya. Ada orang (aku) terkejar sana terkejar sini, ada orang (aku) nampak tenang saja walaupun kerja banyak. Yang paling kerap kita rasa ialah sibuk. Sentiasa sibuk. 24 jam sibuk. Di rumah sibuk. Di pejabat sibuk, di jalan raya sibuk (dan sesak), di mana-mana kita rasa sibuk. Kesannya kita rasa letih dan terasa macam rugi saja. Usia yang singkat digunakan untuk sentiasa sibuk. Nampak rugikan?

Tapi jangan risau. Dah memang begitu sepatutnya kita melayan MASA itu. Perlu disibukkan. Sibukkan dengan perkara apa? Agenda apa? Ya, masa itu perlu disibukkan dengan kita sentiasa setiap saat dan detik sentiasa beriman kepada Allah. Kita sibukkan dengan amalan-amalan soleh. Boleh rehat ke? Sepatutnya tak boleh. Kena 24 jam sehari sepanjang usia kita beriman kepada Allah. Mana boleh rehat untuk beriman kepada Allah. Begitu juga dengan amal soleh. Tak boleh rehat. Nanti rugi pulak.

Hayati firman Allah (maksud):
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh da mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (surah al-'Asr: 1-3)

Maknanya, sibukkan diri kita dengan (saya sentuh dua perkara ni saja);
1. beriman kepada Allah. Yang ni 24 jam kita perlu memastikan ita sentiasa menjaga aqidah dan iman kita. Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang mengukuhkan iman kita. Sibukkan diri kita dengan mengelak perkara-perkara yang boleh menjejaskan iman kita sama ada dari segi perbuatan, pertuturan atau hati kita.

2. beramal soleh. Yang ini pun 24 jam kita pastikan setiap perbuatan harian yang kita lakukan itu menjadi suatu amal ibadah. Makan minum, tugasan kerjaya, berjalan, memandu, menonton, dan apa jua sesuatu yang harus sifatnya itu boleh menjadi amal soleh dan ibadah jika kita niatkan kerana Allah atau mengikuti sunnah-sunnah yang diajar oleh Rasulullah. Malah tidur pun boleh jadi ibadah jika dilakukan dengan cara yang betul mengikut syariat. Jadi, dengan cara ini sajalah kita akan merasakan setiap pekerjaan yang kita sibuk lakukan selama ini akan menjadi ibadah.

Jadi, lepas ni janganlah kita risau dengan kesibukkan kita. Sibuk itu akan menjadi manfaat jika betul niat kita. Jika ini dapat kita tanamkan dalam jiwa kita, kita akan rasa bahawa..."Oo..mudahnya nak buat amal soleh. Taklah rasa rugi apa yang aku buat sepanjang hari ini tadi." Yang penting kita tak akan rasa letih jika kesibukkan itu melanda dalam hidup kita kerana sibuk kita ada nilainya di sisi Allah.

ketak ketik ketuk: tegurlah saya jika ada kesilapan dalam memberi pandangan.

11 ulasan:

  1. ><إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

    BalasPadam
  2. hrumm..betul gak tu..

    walau mcm mn sibuk sekali pun..hal2 yg lain jgn diabaikan..

    take care selalu..(^_^)

    BalasPadam
  3. akuinsanlemah dan nabilah_2908, terima kasih atas kunjungan awak berdua.

    1. akuinsanlemah - Betul, setiap amal perbuatan itu dengan niatnya. Insya Allah, sama-sama kita mengupdatekan niat kita kerana Allah.

    2. Ya. Masa bagi orang yang beriman ialah suatu yang perlu direbut dan disaingi untuk melakukan amal ibadah sama ada ibadah khusus atau ibadah umum.

    BalasPadam
  4. info yang bermanfaat...thanks...

    BalasPadam
  5. mesintaip: insyaAllah.

    BalasPadam
  6. Buat Mak Su dan mimi, terima kasih atas ziarah.

    1. Mak Su - sama-sama. Sebenarnya kita saling ingat-mengingati dan pesan-memesani. (rujuk surah al-Asr). Itu termasuk cara kita mengurus masa kita.

    2. mimi - sama-sama. Hmm... sama-samalah kita memanfaatkannya.

    BalasPadam
  7. tu lah sbenaye kan..

    bila masa bayak terluang asek buat mende lagha..

    bila dah suntuk baru la sebok nak nyesal..

    BalasPadam
  8. Nasiputeh, terima kasih atas ziarah awak.
    Ya, masa menyebabkan manusia menyesal kerana masa tidak boleh diundur.

    BalasPadam
  9. jazakallah...
    selalu terfikir sendiri, kenapalah aku terlalu sibuk utk pkara yg bersifat smentara sedangkan aku tak sesibuk mana utk persediaan yg kekal abadi.

    bila sibuk, ada masanya sampai rasa tak larat nak ke masjid berjamaah tapi bila ada kwn call utk siapakan assignments tertentu, larat pulak tu... :(

    BalasPadam
  10. piewahid, terima kasih atas kunjungan awak.

    Betul. Apa yang awak alami itu, memang kebanyakkan kita lakukan. Pandai-pandailah kita 'mengagih-agihkan' sibuk kita biar sesuai pada situasinya.

    BalasPadam